Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Heng temu Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Matsuno Hirokazu; tekankan hubungan baik S'pura-Jepun

Apr 25, 2023 | 8:08 PM
PERTEMUAN MESRA: Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat (kiri) bertemu Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Encik Matsuno Hirokazu di Tokyo.
PERTEMUAN MESRA: Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat (kiri) bertemu Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Encik Matsuno Hirokazu di Tokyo. - MCI

Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat bertemu Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Encik Matsuno Hirokazu di Tokyo pada 25 April, di mana kededua pemimpin menekankan lagi hubungan baik antara Singapura dengan Jepun.

"Kami juga mengalu-alukan kerjasama dan penglibatan lebih rapat dalam bidang seperti pendigitalan, kemampanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi," kata Encik Heng, mengulas mengenai pertemuan beliau itu dalam satu kiriman di Facebook.

Encik Heng juga turut bertemu Menteri bagi Ehwal Digital Jepn, Encik Kono Taro untuk makan malam. Encik Taro juga ialah pengerusi Liga Persahabatan Parlimen Jepun-Singapura.

"Kami bertukar-tukar pandangan mengenai pembangunan di negara masing-masing dan bagaimana kita boleh memperkukuh kerjasama ekonomi digital untuk memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat," kata Encik Heng.

Encik Heng sedang mengadakan lawatan bekerja ke Jepun selama beberapa hari.

Di sana, beliau akan melawat institusi penyelidikan utama, di samping mengadakan pertemuan dengan pemimpin perniagaan dan rakyat Singapura yang tinggal di Jepun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg