Topik diikuti
Pergi ke BHkuDPM Tharman kunjungi AS, Russia hadiri sidang kewangan

Oct 11, 2017 | 5:30 AM
DPM Tharman kunjungi AS, Russia hadiri sidang kewangan
TIMBALAN Perdana Menteri (DPM) Tharman Shanmugaratnam akan mengunjungi ibu kota Amerika Syarikat dan Russia mulai hari ini hingga Selasa, menurut satu kenyataan semalam.
Semasa di Washington D.C., Encik Tharman, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Sosial, akan mempengerusikan mesyuarat Kumpulan 20 (G-20) mengenai Urus Tadbir Kewangan Global dan juga Seminar Perbankan Antarabangsa G-30.