Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

DPM Wong: Negara dunia mesti kerjasama dalam era politik kuasa besar

Hubungan S’pura-Jerman amat berharga dalam dunia persaingan yang semakin pesat
Apr 11, 2024 | 04:49 PM



Ketika dunia kembali ke era politik kuasa besar, adalah penting bagi negara untuk bekerjasama demi mencapai hasil global yang lebih baik – termasuk Singapura dan Jerman, yang sekata dalam banyak isu, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong pada 9 April.

“Kami berkongsi perspektif strategik yang sama dalam menegakkan kedaulatan undang-undang, multilateralisme, sistem perdagangan terbuka, (dan) menolak perlindungan dan pemecahan ekonomi, hanya untuk memetik beberapa contoh,” ujar beliau.

Encik Wong, bercakap pada majlis resepsi untuk warga Singapura yang tinggal di Jerman, yang diadakan di Hotel Adlon Kempinski Berlin.

Acara itu mengakhiri kunjungan beliau ke Berlin dalam rangka lawatan selama enam hari ke Jerman dan Perancis – lawatan rasmi pertamanya ke Eropah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Awal hari itu, Encik Wong telah melakukan pertemuan dengan Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz, dan kedua-dua negara bersetuju untuk berusaha ke arah meningkatkan hubungan ke arah Perkongsian Strategik.

Buat masa ini, Perancis merupakan satu-satunya negara anggota Kesatuan Eropah (EU) yang mana Singapura mempunyai Perkongsian Strategik.

Sambil menyifatkan “lawatan dan pertemuan yang sangat baik dengan pemimpin Jerman” selama dua hari di Berlin, Encik Wong berkata, hubungan Singapura-Jerman adalah satu “yang benar-benar kami hargai, terutamanya dalam dunia yang sedang mengalami perubahan yang menggemparkan”.

Di Eropah, peperangan dianggap sebagai perkara yang sudah berlalu – sehinggalah pencerobohan Russia ke atas Ukraine “mengubah segala-galanya”, kata Encik Wong.

“Sekarang kita kembali dalam era politik kuasa besar, dan kita perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi lebih banyak persaingan dan mungkin juga konflik di dunia.”

Oleh itu, adalah penting bagi negara untuk bekerja rapat dan membentuk hasil global yang lebih baik – dengan Singapura dan Jerman dapat melakukan ini kerana mereka sejajar dalam banyak bidang, tambahnya.

Beliau menyatakan hubungan itu sudah lama terjalin: dari Jerman yang memberikan bantuan pada tahun-tahun awal pembangunan Singapura, kepada kehadiran ekonominya di Republik yang terus berkembang hari ini.

Lebih ramai rakyat Singapura berada di Jerman, sebagai pelajar di universiti; saintis dan penyelidik dalam syarikat terkemuka Jerman; dan dalam sektor seni dan kreatif, tambah Encik Wong.

Singapura juga mempunyai hubungan pertahanan yang “penting” dengan Jerman, merangkumi latihan ketenteraan, keselamatan siber dan teknologi lain, kata Encik Wong.

Singapura telah memperoleh empat kapal selam kelas Invincible buatan Jerman dan setakat ini melancarkan tiga daripadanya, dengan Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean melawat Jerman pada hujung April, untuk melancarkan kapal yang keempat.


Terdahulu pada 9 April, Encik Wong juga bertemu Menteri Kewangan Jerman, Encik Christian Lindner.

Mereka membincangkan cara memajukan kerjasama membiayai dan memudahkan pelaburan, dalam ekonomi masing-masing, kata Encik Wong dalam catatan di laman X.

Beliau menyifatkan pertemuan itu sebagai “membuahkan hasil”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >