Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dr M akan hadiri Perhimpunan Agung Umno

Dec 2, 2015 | 9:24 AM
TERIMA UNDANGAN: Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghadiri perhimpunan agung Umno pada 8 Disember ini. - Foto mStar Online
TERIMA UNDANGAN: Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghadiri perhimpunan agung Umno pada 8 Disember ini. - Foto mStar Online -

PETALING JAYA: Mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2015 yang akan bermula pada 8 Disember ini walaupun tidak menerima surat jemputan.

"Saya tidak terima apa-apa surat daripada parti tapi saya anggap kata-kata dia (Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sebagai satu jemputan, " katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan reka cipta kereta proton di Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya dekat sini, semalam.

Dr Mahathir berkata, kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid baru-baru ini bahawa bekas perdana menteri itu patut menghadiri Perhimpunan Agung Umno boleh dianggap sebagai satu jemputan.

Datuk Seri Ahmad Zahid sebelum ini berkata Dr Mahathir perlu hadir kerana ahli parti masih menghormati beliau sebagai bekas presiden Umno.

Dr Mahathir berkata, kehadirannya pada perhimpunan itu hanya sebagai tetamu dan bukan untuk berucap. - mStar Online

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg