Topik diikuti
Pergi ke BHkuDr M dakwa dana 1MDB 'hilang' dan tak dapat dikesan
Premium
Dr M dakwa dana 1MDB 'hilang' dan tak dapat dikesan
'Kegagalan jelaskan sebab kehilangan buatkan Najib tidak layak jadi PM'
Dr M dakwa dana 1MDB 'hilang' dan tak dapat dikesan

-
Apr 24, 2015 | 5:30 AM
PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa sebahagian dana syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini "hilang" dan kegagalan Perdana Menteri negara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjelaskan kehilangannya menyebabkan beliau tidak layak menerajui negara itu.
Dalam entri blognya semalam, Dr Mahathir mengandaikan bahawa terdapat unsur rasuah dalam kecurian di dalam 1MDB dan menegaskan bahawa duit yang hilang itu "tidak sama dengan kerugian yang dialami".
