Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dr M dilapor dalam 'keadaan sihat'

Keluarga pinta orang ramai usah buat spekulasi
Jan 24, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Mahathir Mohamad telah berinteraksi dengan keluarganya semalam.



Mewakili keluarganya, anak Dr Mahathir, Datin Paduka Marina berkata:



"Bagi pihak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (isteri Dr Mahathir), kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, di dalam dan luar negara, yang telah menganjurkan majlis doa selamat dan bacaan Yasin dan juga orang ramai dari pelbagai agama yang telah mengirim doa serta ucapan agar Tun Dr Mahathir cepat sembuh," katanya dalam satu kenyataan, semalam.



Beliau turut berharap agar orang ramai tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan oleh sumber tidak sahih mengenai kesihatan ayahnya.



Anak perempuan mantan Perdana Menteri itu, Datin Marina berkata, sehingga kini bapanya masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).



Warga Malaysia diminta supaya tidak terpengaruh dengan berita tidak sahih mengenai keadaan kesihatan Dr Mahathir yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) sejak kelmarin.



Setiausaha Politiknya, Abu Bakar Yahya, semalam berkata orang ramai perlu menunggu maklumat perkembangan terkini daripada pihak yang sewajarnya terutama IJN yang mengendalikan rawatan Dr Mahathir.



Dr Mahathir dilaporkan berada dalam keadaan sihat, kata Setiausaha Penyelaras Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan Parlimen Titiwangsa, Cik Azida Eyda Azmi.



Menurutnya, rawatan yang diterima oleh Pengerusi Pejuang di Unit Rawatan Koronari (CCU) adalah berkaitan jantung.



Dalam pada itu, Cik Azida menerusi ruangan komen turut menafikan berita tular daripada aplikasi sembang, WhatsApp bahawa Dr Mahathir meninggal dunia.



Sejak kelmarin, pihak media mula berkumpul di luar IJN bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan Dr Mahathir.



Kelmarin, Datin Marina memaklumkan keadaan bapanya stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan pada 8 Januari lepas.



Ini adalah kali ketiga Dr Mahathir dimasukkan ke IJN dalam tempoh lebih sebulan selepas kali terakhir masuk ke pusat itu pada 17 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenarkan keluar enam hari kemudian.



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat Dr Mahathir di IJN kelmarin.



"Saya turut bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di IJN tadi dan berharap keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad terus tabah," katanya menerusi Twitter, kelmarin.



Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa, dalam satu hantaran di Twitter, semalam turut meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita tidak sahih mengenai keadaan mantan perdana menteri itu.



Tan Sri Annuar berkata, sebaiknya seluruh masyarakat berdoa supaya rawatan Dr Mahathir berjalan lancar dan segera sihat sepenuhnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >