Topik diikuti
Pergi ke BHkuDr M persoal taktik BN dapatkan undi
Jun 22, 2016 | 5:30 AM
Dr M persoal taktik BN dapatkan undi
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Perak, dan Sungai Besar, Selangor, jelas hasil pemberian wang dan barang kepada pengundi, kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menulis dalam blognya, Dr Mahathir berkata pemberian wang dan barang kepada pengundi dapat dilihat orang ramai.