Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dr M: Pilihan raya M'sia akan datang 'peluang terakhir bersihkan negara'

Dec 14, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kelmarin, pilihan raya umum akan datang "akan menjadi peluang terakhir untuk membersihkan negara", sedang beliau menuduh pemerintah sedia ada, yang dipimpin parti Umno, sebagai mengamalkan rasuah.



"Saya masih berasa perlunya menjatuhkan kerajaan ini kerana ini adalah kerajaan yang korup. Ia tidak dibentuk daripada kuasa menerusi pilihan raya," kata Tun Dr Mahathir di sidang akhbar semasa pelancaran memoir terbaharunya, bertajuk "Capturing Hope: The Struggle Continues For A New Malaysia" (Mendakap Harapan: Perjuangan Berterusan Bagi Sebuah Malaysia Baru).



"Jadi pilihan raya umum akan datang adalah sangat penting di Malaysia. Ia adalah peluang terakhir yang kita ada untuk membersihkan negara ini. Jika tidak, akan selamanya anda akan mempunyai kerajaan yang buruk," ujarnya.



Pilihan raya umum Malaysia tidak akan diadakan sehingga 2023 kelak, tetapi pemimpin berusia 96 tahun itu menjangkakan ia akan diadakan sekitar pertengahan tahun depan.



Dalam sesi dialognya pula, Tun Dr Mahathir membangkitkan apa yang dirasakannya sebagai kesukaran dalam asimilasi penduduk bukan Melayu di negara ini, dengan penggunaan chopstick di kalangan masyarakat Cina sebagai contoh.



Bekas perdana menteri itu berkata, penduduk Cina di Indonesia dapat diasimilasikan kerana jumlahnya yang secara relatif kecil, manakala jumlah warga bukan Melayu di Malaysia agak signifikan.



"Mereka (orang Cina di Malaysia) memelihara komuniti, budaya dan cara hidup mereka.



"Misalnya, orang Cina makan menggunakan chopstick, mereka tidak makan guna tangan. Mereka tidak menyerap cara orang Malaysia makan.



"Mereka mengekalkan penggunaan chopstick yang merupakan identiti China, bukan Malaysia, dan banyak lagi perkara lain," katanya.



Selain itu, Tun Dr Mahathir juga berkata masih ada kecenderungan komuniti di Malaysia dalam mengekalkan perkaitan dengan negara asal, walaupun lahir dan dibesarkan di Malaysia.



Bagi pemimpin itu, ia merupakan antara faktor wujudnya jurang di kalangan rakyat.



Sementara itu, Mahathir mendakwa tidak seperti nenek moyang mereka yang berhijrah ke Malaysia, generasi muda kaum itu yang lahir di Malaysia masih mengekalkan hubungan dengan China.



"Jadi ini yang memisahkan masyarakat. Ada orang Melayu, Cina Malaysia, India Malaysia. Oleh sebab ini, mereka tidak dapat diasimilasikan.



"Di negara majmuk yang lain, sebaik saja mereka menjadi warga, mereka identifikasikan diri dengan negara itu saja dan tidak lagi dengan negara asal nenek moyang mereka," katanya.



Tun Dr Mahathir juga memetik bekas presiden Amerika Syarikat, Dwight David Eisenhower sebagai contoh, menerusi peranannya dalam Perang Dunia Kedua.



Encik Eisenhower adalah presiden Amerika Syarikat ke-34. Sebelum menjadi presiden pada Januari 1953, dia merupakan pegawai tinggi tentera yang dilantik untuk mengetuai peperangan melawan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.



Katanya, Encik Eisenhower mengetuai tentera Amerika Syarikat untuk berdepan Jerman walaupun dia dari keturunan Jerman, "kerana dia melihat dirinya sebagai orang Amerika". - The Straits Times, Malaysiakini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >