PERDANA Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Isnin 21 Mei, telah menerbitkan semula video di Twitter - yang kini menjadi tular - yang menunjukkan beliau memandu di sekeliling Kuala Lumpur pada hari sebelumnya.

Video seminit itu menunjukkan Dr Mahathir memandu kenderaan yang kelihatan seperti sebuah Proton Perdana dan pertama kali diterbitkan di Twitter oleh penulis blog dari Malaysia Encik Firdaus Abdullah.

[embed]https://twitter.com/firdyfire/status/998045195605164032[/embed]​

Dalam terbitan asal itu, Encik Firdaus berkata:

"Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad memandu dirinya sendiri untuk melihat pembangunan terkini sekitar Kuala Lumpur pagi ini."

Tambah beliau:

"Ada yang bertanya dari manakah Dr Mahathir mendapat tenaga melimpah pada usia 93 tahun. Moga Tuhan akan sentiasa melindungi pemimpin negara ini."

Video ini telah disaksikan lebih 217,000 kali sejak ia diterbitkan dan dikongsi lebih 10,000 kali dan diberikan 16,000 'likes' oleh pengguna Twitter.

Dr Mahathir difahami gemar memandu di sekeliling Putrajaya, menurut akhbar Malay Mail.

Semasa penggal pertama menjadi Perdana Menteri - dari 1981 hingga 2003 - Dr Mahathir difahami cenderung mengunjungi tempat-tempat awam tanpa mengumumkan kunjungannya itu, kata Malay Mail.

Dr Mahathir juga adalah penggemar kereta, dan amat gemar pada Proton - kereta yang dihasilkan oleh penghasil kereta setempat.