Topik diikuti
Pergi ke BHkuDua ahli politik M'sia disiasat kerana disyaki hina Muhyiddin, Agong
Dua ahli politik M'sia disiasat kerana disyaki hina Muhyiddin, Agong
Dua ahli politik M'sia disiasat kerana disyaki hina Muhyiddin, Agong
KUALA LUMPUR: Dua ahli politik Malaysia kini sedang disiasat polis secara berasingan kerana didakwa telah menghina Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah.
Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Adam, telah direman sehari kerana terlibat dalam satu video yang didakwa telah menghina perdana menteri, lapor The Star.
Sementara itu, bekas menteri Kabinet dalam kerajaan Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, pula disiasat kerana didakwa menghina Sultan Abdullah mengenai pelantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Mac lalu.
Siasatan berkenaan sedang dilaksanakan sedang Malaysia berdepan dengan kemelut politik baru melibatkan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin. - The Star/Asia News Network
