Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Dua aktivis prodemokrasi Myanmar hadapi hukuman mati

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Dua aktivis prodemokrasi Myanmar hadapi hukuman mati

Jan 23, 2022 | 05:30 AM

YANGON: Tribunal tentera Myanmar menjatuhkan hukuman mati ke atas dua aktivis prodemokrasi di negara itu, Phyo Zeyar Thaw dan Kyaw Min Yu.

Phyo Zeyar Thaw, 41 tahun, adalah anggota parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD).

Kyaw Min Yu, 53 tahun, adalah seorang penulis dan bekas banduan politik Myanmar.

Mereka didapati bersalah atas kesalahan melibatkan bahan letupan, pengeboman dan membiayai terorisme.

Myanmar berada dalam keadaan huru-hara sejak rampasan kuasa pada Februari tahun lalu, dengan lebih 1,400 terbunuh dalam tindakan keras terhadap perbezaan pendapat, menurut kumpulan pemantau tempatan.

Anggota parti NLD pimpinan Suu Kyi kini bersembunyi dan 'Pasukan Pertahanan Rakyat' muncul di seluruh negara untuk mengambil alih kuasa dari tentera.

Dalam kenyataan dikeluarkan junta, Phyo Zeyar Thaw, anggota NLD yang ditahan pada November lalu, dijatuhi hukuman mati atas kesalahan di bawah akta antikeganasan.

Katanya, aktivis demokrasi terkemuka, Kyaw Min Yu, pula menerima hukuman yang sama daripada tribunal tentera.

Junta menjelaskan, Zeyar Thaw, atau nama sebenarnya Maung Kyaw ditahan di sebuah pangsapuri di Yangon selepas mendakwa memperoleh maklumat dan kerjasama rakyat.

Katanya, ketika ditahan, bekas Ahli Parlimen itu memiliki dua pistol, peluru dan senapang M-16.

Beliau dituduh mendalangi beberapa serangan ke atas pasukan rejim, termasuk tembakan menyasarkan sebuah kereta api komuter di Yangon pada Ogos lalu, mengorbankan lima anggota polis.

Seorang perintis aliran hip-hop di Myanmar yang puisi subversifnya menjengkelkan junta sebelum ini, Min Yu, pernah dipenjarakan pada 2008 kerana menjadi ahli dalam pertubuhan haram dan memiliki mata wang asing.

Namun, beliau dipilih ke Parlimen bagi mewakili NLD dalam pilihan raya 2015 yang membawanya kepada pemerintahan awam.

Min Yu, yang menjadi terkenal ketika pemberontakan pelajar Myanmar pada 1988 turut ditahan dalam serbuan pada Oktober lalu selepas didakwa mencetuskan kekacauan menerusi catatan di media sosialnya.

Suu Kyi menghadapi siri pertuduhan jenayah dan rasuah termasuk melanggar undang-undang rahsia rasmi negara, jika sabitan dikenakan atas semua kesalahannya, boleh berdepan hukuman penjara lebih 100 tahun.

Beliau dijatuhi hukuman enam tahun penjara kerana mengimport secara haram dan memiliki walkie-talkie, melanggar peraturan Covid-19 serta menghasut untuk menentang tentera. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3