Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua bekas presiden Panama hadapi tuduhan rasuah

Skandal rasuah libatkan, Odebrecht, sebuah syarikat pembinaan gergasi Brazil
Sep 17, 2022 | 05:12 PM



PANAMA CITY: Pendakwa Raya Panama telah mengemukakan tuduhan rasuah ke atas dua bekas presiden negara itu, Ricardo Martinelli dan Juan Carlos Varela, kerana melakukan pengubahan wang dari syarikat pembinaan, Odebrecht, selepas firma itu mengakui telah memberi rasuah di negara itu.



Kedua-dua bekas presiden itu yang memimpin Panama antara 2009 dan 2019, tidak hadir di mahkamah kelmarin. (16 Sep)



Pihak pendakwa raya menuduh kedua-dua mereka menggunakan syarikat samara dan akaun bank asing untuk menerima dana dari Odebrecht antara 2008 dan 2014. 



Kira-kira 50 orang lagi telah disabitkan dengan tuduhan itu, termasuk beberapa bekas menteri, kata pihak pendakwa raya.



Pada 2016, Odebrecht mengaku salah di sebuah mahkamah di Brooklyn, Amerika Syarikat (AS), kerana membayar lebih AS$788 juta ($1.1 bilion) dalam bentuk rasuah kepada pegawai pemerintah dan parti-parti politik, kebanyakannya di Latin Amerika, bagi memenangi kontrak prasarana.



Syarikat Brazil itu mengakui membayar rasuah bernilai $59 juta ($83 juta) di Panama sebagai tukaran untuk kontrak kerja-kerja pembinaan awam.



Syarikat Odebrecht membina dua laluan pengangkutan gerak cepat Panama, meluaskan Lapangan Terbang Antarabangsa Tocumen dan membina beberapa laluan persiaran di Panama City, diantara beberapa projek berjuta-juta dolar. 



Ia telah menuntut bayaran secara berlebihan daripada pemerintah Panama untuk beberapa projek, menurut Pejabat Pendakwa Raya. 



Varela, yang memimpin Panama dari 2014 hingga 2019, adalah ketua negara pertama dari antara kedua-dua mereka yang dituduh, dan parti sayap kanannya, Parti Panamenista telah dituduh menerima AS$10 juta ($14.06 juta) dari Odebrecht. 



Varela menafikan tuduhan tersebut. 



Martinelli, presiden dari 2009 hingga 2014 dan merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya, juga dituduh menerima wang secara haram daripada Odebrecht.  



Dia "sedar sepenuhnya akan sumber haram wang tersebut" dan turut membangunkan "sepenuhnya struktur haram" bagi menerima rasuah, kata pihak pendakwa raya. 



Dua anak lelaki Martinelli, yang kini dipenjarakan di AS selepas diekstradisi dari Guatemala, telah mengaku bersalah menerima AS$28 juta ($39.38 juta) dari Odebrecht. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >