Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua beranak lemas bersama

Jun 27, 2019 | 12:00 PM



AUSTIN (Amerika Syarikat): Gambar menyedihkan mayat pendatang El Salvador dan anak perempuannya berusia dua tahun yang lemas dalam sungai Rio Grande di sempadan Mexico-Amerika Syarikat, menunjukkan krisis pelarian semakin meruncing.



Oscar Alberto Martinez Ramirez, 25, dan anak perempuannya, Valeria, ditemui terapung dalam sungai wilayah Mexico, pagi Isnin lalu, selepas lemas di depan isterinya.



Kepala Valeria termasuk dalam baju bapanya, manakala tangan kanak-kanak itu berada pada leher Ramirez, menunjukkan dia memeluk erat bapanya ketika lemas.



Isteri Ramirez, Tania Vanessa Avalos berkata, dia melihat suami dan anaknya dihanyut arus namun tidak dapat melakukan apa-apa.



Menurutnya, Ramirez membawa Valeria untuk masuk ke Amerika secara haram dengan berenang menyeberangi sungai berkenaan.



Tania memberitahu, mereka meninggalkan El Salvador pada 3 April lalu, untuk memasuki Amerika, tetapi terkandas di kem pelarian di Mexico selama dua bulan.



Keluarga itu dilaporkan dibawa ke konsulat Amerika di Matamoros Ahad lalu, untuk memohon perlindungan suaka dan tarikh memasuki negara itu.



Bagaimanapun, keluarga itu dilaporkan kecewa kerana perlu menunggu lama, lalu mengambil keputusan untuk masuk secara haram dengan menyeberangi sungai berkenaan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >