Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua bom meletup luar pejabat kerajaan Thailand di Yala, 18 cedera

Mar 17, 2020 | 6:18 PM
DUA LETUPAN DI YALA: Letupan itu berlaku di depan Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), sebuah badan kerajaan Thailand yang mengawasi pentadbiran tiga wilayah majoriti Melayu-Islam iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala.
DUA LETUPAN DI YALA: Letupan itu berlaku di depan Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), sebuah badan kerajaan Thailand yang mengawasi pentadbiran tiga wilayah majoriti Melayu-Islam iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala. - Reuters

BANGKOK: Dua bom meletup di depan sebuah pejabat kerajaan di wilayah Yala di selatan Thailand pada Selasa (17 Mac), mencederakan 18 orang, kata seorang pegawai keselamatan. Letupan itu berlaku di depan Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), sebuah badan kerajaan Thailand yang mengawasi pentadbiran tiga wilayah majoriti Melayu-Islam iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala.

Pemberontakan telah meletus di ketiga-tiga wilayah tersebut sejak 2004 yang membunuh kira-kira 7,000 orang. SBPAC sedang mengadakan satu mesyuarat kerajaan mengenai tindak balas rantau itu terhadap wabak koronavirus sebelum letupan itu berlaku. Bom pertama ialah grened yang dicampak ke kawasan di luar pagar pejabat SBPAC manakala yang kedua ialah bom kereta kira-kira 10 meter dari lokasi letupan pertama. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg