Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Dua calon keturunan Siam sulung mahu ketengah aspirasi golongan muda

Nov 14, 2022 | 05:30 AM



PADANG BESAR (Perlis): Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) buat kali pertamanya meletak calon berketurunan Siam dalam pilihan raya negeri (PRN) di Perlis, yang diadakan serentak dengan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) Malaysia pada 19 November.



Kedua-dua calon itu menyatakan mereka rasa bertuah kerana diberi peluang menjadi calon walaupun masyarakat Siam kaum minoriti di negeri paling kecil di Malaysia itu.



Mereka menyatakan hasrat menyuarakan aspirasi golongan muda, yang cenderung melahirkan pendapat mereka di media sosial, sebagai misi utama mereka.



Encik Natthavuth Seng, calon PH-PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping, berkata golongan muda harus diberi peluang mentadbir negara suatu hari nanti, sebagaimana diamalkan banyak negara maju.



"Memang tidak dinafikan kerajaan terdahulu telah memberi peluang kepada generasi muda, tetapi kita berharap pada masa hadapan lebih ramai anak muda diberi peluang untuk mentadbir negara kerana mereka akan menjadi pewaris negara kita suatu hari nanti," kata anak kelahiran Chuping itu, lapor Malay Mail.



Encik Natthavuth, 26 tahun, yang merupakan bekas jurutera di sebuah syarikat antarabangsa, berkata golongan muda kini bijak menilai pemimpin yang sesuai mentadbir negara.



Pandangan itu dikongsi Encik Pramoot Puan, 52 tahun, calon PN-Bersatu kerusi DUN Indera Kayangan.



"Golongan muda sebenarnya bijak dalam membuat penilaian. Kami mahu mewakili mereka dan membawa suara mereka kepada pihak atasan," kata Encik Pramoot, yang telah bekerja dalam sektor perbankan lebih 20 tahun.



Orang tempatan menyatakan suara anak muda penting dalam memacu negara ke tahap lebih tinggi dan harus dititikberatkan.



Menurut data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia pada 9 Oktober, Perlis mempunyai 198,784 pengundi berumur 18 hingga 39 tahun.



Dalam PRU15, Perlis menawarkan tiga kerusi Parlimen, sementara dalam PRN, 15 kerusi DUN dipertandingkan.



Sementara itu, PN melahirkan keyakinan dapat mengambil alih kerajaan Perlis daripada Umno dalam pilihan raya ini.



Timbalan presiden PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata keyakinan itu berdasarkan kekuatan calon PN di Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang mempunyai pengaruh kuat di Perlis.



"Shahidan, beliau ada pengaruh di Perlis. Insya-Allah kena dengan cara kita akan dapat mengambil Perlis selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah.



"Insya-Allah tambah lagi satu negeri di bawah pemerintahan kita dan berharap perkara ini akan berlaku dan menjadi satu titik perubahan yang baru," katanya, lapor Berita Harian Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >