Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua calon utama disebut bagi jawatan PM

Antara yang disebut ialah Ismail Sabri Yaacob, Anwar Ibrahim; Zahid Hamidi tarik diri; Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan tidak penuhi kriteria
Aug 19, 2021 | 05:30 AM



Setakat ini, dua nama - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Ahli Parlimen Bera) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Port Dickson) - disebut-sebut sebagai dua calon utama bagi menduduki jawatan perdana menteri.



Istana Negara mengarahkan kesemua 220 ahli Parlimen menamakan seorang calon Perdana Menteri baharu untuk pertimbangan Baginda sebelum 4 petang semalam.



Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memutuskan untuk mencalonkan Datuk Seri Ismail, 61 tahun, sebagai calon mereka.



Datuk Ismail Sabri merupakan pilihan ketiga BN dan Umno selepas Presiden Umno yang juga pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menarik pencalonannya manakala pilihan kedua, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, adalah ahli dewan undangan negeri (DUN) dan tidak menduduki kerusi parlimen, sekali gus gagal memenuhi kriteria pencalonan.



"Jadi kita pergi yang nombor tiga iaitu Ismail Sabri. Sebab dia ada pengalaman sebagai menteri kanan yang mengurus Covid-19, ada pengalaman jadi ketua pembangkang serta pengalaman jadi Timbalan Perdana Menteri," kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, selepas mesyuarat parti di Menara Dato' Onn kelmarin malam.



"PAS sebulat suara sokong Datuk Seri Ismail Sabri dan kita dah siap SD (akuan bersumpah) beberapa hari lepas," kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, ketika dihubungi Malaysiakini, semalam.



Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga telah mengemukakan calon pilihan sebagai Perdana Menteri.



Meskipun Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, enggan mendedahkan namanya, Ahli Parlimen Santubong, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang dipetik laman berita The Star mendedahkan mereka sokong pencalonan Datuk Seri Ismail.



BN memiliki 42 ahli parlimen, sementara Bersatu (31), PAS dan GPS masing-masing mempunyai 18 ahli Parlimen.



Datuk Seri Anwar, 74 tahun, mendapat sokongan gagasan Pakatan Harapan (PH) yang didukung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah).



Beliau juga mendapat sokongan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).



Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman, berkata Warisan sudah memenuhi janjinya dan menandatangani surat akuan menyokong Datuk Seri Anwar.



"Ini untuk memastikan blok pembangkang yang ada 105 sokongan Ahli Parlimen tidak terjejas. Bola kini berada di gelanggang Anwar untuk mendapatkan sokongan mencukupi," katanya.



Sebelumnya Warisan menamakan presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sebagai calon perdana menteri tetapi gagal mendapat sokongan lalu menyokong Datuk Seri Anwar.



PKR memiliki 35, DAP (42) dan Amanah (13) manakala Warisan (8) dan Pejuang (4) ahli parlimen.



Setakat ini Datuk Seri Ismail dikatakan telah mendapat 115 sokongan ahli parlimen berbanding 105 yang diterima Datuk Seri Anwar.



"Seri Paduka Baginda turut bertitah bahawa Perdana Menteri yang dilantik oleh Baginda... hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat," menurut kenyataan Istana Negara yang dikeluarkan pada1 tengah hari semalam.



Sehingga akhbar ini dicetak malam tadi, pihak Istana Negara belum memberikan pengesahan akan penerimaan usulan calon perdana menteri daripada kesemua ahli parlimen.




"Jadi kita pergi yang nombor tiga iaitu Ismail Sabri. Sebab dia ada pengalaman sebagai menteri kanan yang mengurus Covid-19, ada pengalaman jadi ketua pembangkang serta pengalaman jadi Timbalan Perdana Menteri."
- Datuk Seri Ahmad Maslan, Setiausaha Agung Umno.



"PAS sebulat suara sokong Datuk Seri Ismail Sabri dan kita dah siap SD (akuan bersumpah) beberapa hari lepas."
- Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >