Topik diikuti
Pergi ke BHkuDua cedera selepas kereta mewah cuba elak haiwan melintas di lebuh raya

Jan 15, 2016 | 5:30 AM
Dua cedera selepas kereta mewah cuba elak haiwan melintas di lebuh raya
KUANTAN: Seorang lelaki berpangkat Datuk dan seorang pekerjanya cedera apabila kereta mewah Lamborghini yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 234.5, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) berhampiran Plaza Tol Kuantan, di sini kelmarin.
Kejadian kira-kira 3.30 petang itu dipercayai berlaku apabila kenderaan berkenaan yang datang dari arah Kuala Lumpur ke daerah ini mahu mengelak daripada melanggar haiwan yang melintas, lapor Utusan Malaysia semalam.