Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua ditahan dalam rempuhan di Melbourne, 16 cedera

Dec 22, 2017 | 05:30 AM



MELBOURNE: Sekurang-kurangnya 16 orang cedera dengan beberapa yang lain dalam keadaan serius apabila sebuah kereta merempuh orang ramai di kawasan pusat perniagaan Melbourne semalam dalam apa yang polis sifatkan sebagai satu "perbuatan yang disengajakan".



Kereta SUV Suzuki berwarna putih "merempuh beberapa pejalan kaki" di sudut jalan raya Flinders dan Elizabeth - yang popular di kalangan pelancong - sejurus sebelum 5 petang waktu tempatan (4 petang waktu Singapura).



Polis telah memberkas drebar kereta itu serta lelaki kedua, lapor media Australia.



Dalam sidang media di tapak kejadian, Komander Polis Victoria, Encik Russell Barrett tidak menolak kemungkinan pengganasan mungkin menjadi motifnya.



"Kami percaya berdasarkan apa yang kami lihat, ia satu perbuatan yang disengajakan.



"Adalah terlalu awal untuk membincangkan motifnya," jelas beliau lagi.



Polis telah menahan dua lelaki tetapi belum mengenakan tuduhan.



Menurut polis, sekurang-kurangnya 14 orang cedera, sebahagiannya kritikal.



Mereka termasuk seorang kanak-kanak dengan kecederaan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Royal Children's dalam keadaan serius.



Imej dari tempat kejadian menunjukkan beberapa orang terbaring berdekatan kenderaan besar berwarna putih.



Ratusan yang lain pula sedang berlegar di sekitar tempat kejadian, dengan polis menghentikan sekumpulan orang yang meneriak insiden itu sebagai serangan pengganas.



Berpuluh-puluh kereta polis, trak bomba dan ambulans turut berkumpul di situ.



Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Cik Sue dari Walker's Doughnuts di Elizabeth Street memberitahu stesen radio 3AW bahawa beliau mendengar jeritan sebelum melihat "orang berterbangan di sana sini".



"Kami dapat mendengar bunyi rempuhan, apabila menoleh ke kiri, kami melihat kereta putih ia terus merempuh orang ramai," ujarnya.



"Orang berterbangan di sana sini. Kami terdengar bunyi hentakan demi hentakan. Orang ramai bertempiaran lari."



Insiden tersebut berlaku sebelum waktu sibuk lewat petang di Melbourne, dan kurang seminggu sebelum bandar utama di Australia dipenuhi dengan ramai pembeli cuti Krismas.



Seorang wanita yang membawa hadiah Krismas serta kertas pembungkus dapat dilihat menangis ketika polis menghantarnya ke kereta polis yang tidak bertanda.



Sebahagian daripada sistem pengangkutan awam di bandar itu ditutup semalam, dengan Metro Trains menggesa pengguna agar mengelakkan Flinders Street.



Insiden itu serupa - tetapi tiada kaitan dengan pengganasan - di Melbourne pada Januari, apabila empat orang terbunuh dan lebih 20 orang cedera.



Drebar yang kesnya masih dibicarakan di mahkamah.



Menurut polis, insiden Januari tiada kaitan dengan pengganasan, walaupun ia menyebabkan Melbourne dan bandar lain meningkatkan langkah keselamatan di kawasan pejalan kaki.



Peristiwa itu menyusuli siri rangkaian serangan berkaitan pengganasan di bandar Eropah - London, Paris, Nice, Barcelona dan Berlin - di mana kenderaan digunakan untuk merempuh pejalan kaki. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >