Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua ibu pejabat polis di Vietnam diserang

Jun 11, 2023 | 11:00 PM
BENDERA VIETNAM: Berkibar di atas bangunan State Bank di Hanoi, Vietnam.
BENDERA VIETNAM: Berkibar di atas bangunan State Bank di Hanoi, Vietnam. - - Foto fail

HANOI: Beberapa orang terbunuh dan cedera dalam kejadian tembakan di dua ibu pejabat polis di kawasan tanah tinggi tengah Vietnam pada Ahad (11 Jun), menurut pihak berkuasa.

Menurut laman sesawang Kementerian Keselamatan Awam, enam suspek yang disyaki terbabit dengan kejadian di daerah Cu Kuin di Wilayah Dak Lak itu berjaya ditahan.

Sehingga kini pasukan penyiasat masih mencari suspek lain.

Serangan ke atas ibu pejabat polis di daerah Ea Tieu dan Ea Ktur itu berlaku pada awal pagi tadi.

Menurut laman sesawang berkenaan, mangsa yang terbunuh dan cedera dalam kejadian itu termasuk kalangan anggota polis, pegawai tempatan dan orang awam.

Namun kenyataan berkenaan tidak memberikan jumlah mangsa yang tepat.

Dalam pada itu, tiada sebarang maklum balas daripada polis sehingga kini.

Kawasan tanah tinggi tengah Vietnam yang menempatkan beberapa etnik minoriti, dianggap sebagai kawasan sensitif oleh kerajaan susulan ketidakpuasan hati penduduk khususnya membabitkan isu berkaitan hak tanah.

Beberapa puak di kawasan itu secara kolektifnya dikenali sebagai Montagnards.

Mereka memihak kepada wilayah selatan yang disokong Amerika Syarikat ketika perang Vietnam beberapa dekad lalu.

Sesetengah pihak mahu kawasan berkenaan diberi kuasa autonomi manakala sebahagian lagi yang menetap di luar negara mahu kemerdekaan diberikan.

Terdahulu, beberapa media negara ini menarik balik laporan mengenai insiden itu hari ini, sebelum menyiarkannya semula beberapa jam kemudian. - AFP, BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg