Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua jenis mi segera buatan Malaysia, Indonesia dikesan ada bahan sebabkan barah

Apr 26, 2023 | 8:58 AM
AMARAN: Sejenis mi segera berjenama 'Ah Lai White Curry Noodles' dari Malaysia dan mi segera berjenama 'Indomie: Special Chicken Flavour' buatan Indonesia dilaporkan mengandungi bahan boleh menyebabkan penyakit barah. - Foto INTERNET
AMARAN: Sejenis mi segera berjenama 'Ah Lai White Curry Noodles' dari Malaysia dan mi segera berjenama 'Indomie: Special Chicken Flavour' buatan Indonesia dilaporkan mengandungi bahan boleh menyebabkan penyakit barah. - Foto INTERNET -

TAIPEI: Dua jenis mi segera buatan jenama Malaysia dan Indonesia dikesan mengandungi bahan yang boleh menyebabkan penyakit barah, menurut Jabatan Kesihatan Taiwan, pada Isnin.

Jabatan itu mengumumkan hasil pemeriksaan dilakukan terhadap mi segera yang terdapat dalam pasaran di Taipei pada 2023, lapor agensi berita CNA.

Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, pihaknya mendapati satu kumpulan mi segera berjenama Ah Lai White Curry Noodles dari Malaysia dan satu lagi kumpulan mi segera berjenama Indomie: Special Chicken Flavour buatan Indonesia, mengandungi etilena oksida yang juga sebatian kimia dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia.

Jabatan itu berkata ujian yang dijalankan berjaya mengesan etilena oksida dalam kedua-dua mi dan peket perencah produk Malaysia terbabit, manakala produk Indonesia berkenaan pula hanya terkandung dalam peket perencah.

Peruncit - yang sampel mi segera berkenaan diambil tetapi tidak didedahkan - telah diarahkan untuk menarik balik penjualan kedua-dua produk terbabit, dan pengimportnya pula akan didenda antara NT$60,000 ($2,582) hingga NT$200 juta, menurut jabatan itu.

Berdasarkan maklumat dalam laman web Biro Bahan Kimia dan Toksik bahawa Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar peringkat Kabinet, etilena oksida adalah beracun apabila dimakan atau dihidu.

Selain mendorong penyakit limfoma serta leukemia, etilena oksida juga boleh mengakibatkan kerengsaan pada kulit dan mata yang terkena bahan terbabit, malah ia berisiko menyebabkan kecacatan kelahiran serta keturunan.

Ketua Bahagian Makanan dan Ubat-Ubatan, Jabatan Kesihatan Taipei, Cik Chen Yi-ting, berkata pemeriksaan mi segera dilakukan dengan memilih secara rambang 30 produk dari pasar raya, kedai serbaneka, pasar raya besar, pasar basah tradisional, kedai makanan Asia Tenggara dan pengimport borong di bandar itu. - Bernama, CNA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg