Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua lelaki S’pura ditahan atas tuduhan serangan seksual ke atas pelajar sekolah agama M’sia

May 13, 2023 | 07:08 PM



MELAKA: Dua beradik termasuk pengasas sebuah pusat tahfiz direman empat hari bagi membantu siasatan kes jenayah cabul, seks luar tabii dan mendera enam pelajar mereka di Tanjung Minyak dan Alor Gajah.



Perintah reman sehingga 16 Mei ini dikeluarkan Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin pada Sabtu, selepas polis membuat permohonan berdasarkan peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.



Terdahulu, pengasas bersama warden asrama pusat tahfiz berusia 40 dan 36 tahun warga Singapura itu, tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada 9.35 pagi dan sempat menunjukkan isyarat okey kepada media ketika diiringi anggota polis memasuki bilik reman.



Pada Jumaat, media melaporkan kedua-dua suspek iaitu pemilik atau mudir pusat bimbingan Al-Quran itu berusia 40 tahun dan adik lelakinya yang juga warden asrama berusia 36 tahun, ditahan di pusat tahfiz itu di Tanjung Minyak antara jam 1 hingga 1.30 tengah hari.



Penahanan itu dibuat susulan polis menerima enam laporan dibuat ibu bapa enam pelajar terbabit, berusia antara 13 hingga 15 tahun di Balai Polis Batang Tiga, di sini, antara jam 6.29 petang hingga 9.13 malam, pada Khamis.



Mengikut laporan tiga mangsa mendakwa didera dengan melakukan perbuatan seksual terhadap kemaluan mudir tahfiz iaitu suspek pertama berusia 40 tahun.



Sementara tiga lagi dipukul dengan cara ditampar, ditumbuk, dipijak serta disebat dengan rotan oleh suspek kedua yang juga warden hanya kerana lambat menyiapkan tugasan yang disuruh termasuk membersihkan ruang tahfiz berkenaan.



Semua kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah pusat bimbingan tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor Gajah serta sebuah kondominium di Klebang, Melaka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >