Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua mati dalam insiden menembak di Universiti North Carolina, penembak ditangkap

May 1, 2019 | 5:00 PM
b38b8acc-caf3-4a57-9411-b7ee9ac40988
-

CHARLOTTE: Dua maut dan empat lagi cedera, mangsa rambang seorang penembak di Universiti North Carolina di Charlotte, kata pegawai pengurusan kecemasan di sana.

Butiran kejadian itu masih belum dipastikan, tetapi ketua polis kampus Jeff Barker berkata pejabat kecemasan menerima panggilan tentang seorang penembak yang menggunakan pistol untuk menembak beberapa pelajar.

Dua atau tiga pegawai polis di kampus memasuki bangunan dan berjaya menangkap penembak itu, kata Encik Barker.

Penembak itu telah dikenal pasti sebagai Trystan Andrew Terrell, 22 tahun, yang kini sedang ditahan sementara menanti tuduhan. Tiada maklumat lain tentang Terrell diberikan pihak berkuasa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg