Topik diikuti
Pergi ke BHkuDua maut akibat kebocoran gas ammonia di Malaysia
Dua maut akibat kebocoran gas ammonia di Malaysia
Dua maut akibat kebocoran gas ammonia di Malaysia
PETALING JAYA - SERAMAI 27 pekerja terdedah kepada gas ammonia apabila satu kebocoran berlaku di sebuah kilang ais di Shah Alam semalam (Isnin, 13 Ogos).
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan hal tersebut dan mengatakan kejadian berlaku di sebuah kilang yang terletak di Kampung Jawa pada 5.20 pagi semalam.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Dato' Dr Khalid Ibrahim berkata mereka terpaksa memasang tiub pada 10 pekerja sementara sembilan lain berada dalam pemerhatian di beberapa hospital, termasuk Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Hospital Shah Alam, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Banting.
Dua kematian dilaporkan setakat ini dengan kededua mangsa dipercayai merupakan warga India.
Seorang penduduk yang tinggal sekitar 300 meter dari kilang tersebut, Cik R. Nachiammah, 70 tahun, berkata beliau tidak berdaya melakukan apa-apa sambil melihat paramedik cuba membantu menyelamatkan pekerja asing yang terjejas.
"Sangat sedih melihat mereka cuba untuk terus hidup. Mereka datang dari jauh untuk mendapatkan sesuap nasi dan perkara sebegini berlaku," katanya.
Seorang lagi penduduk, Cik Kalsom Ahmad, 71 tahun, berkata anak perempuannya memberitahu beliau sekeluarga selepas menghidu bau yang sangat kuat sekitar 5 pagi.
Baunya sangat kuat dan memenuhi seluruh rumah, katanya.
"Kita tak boleh bernafas dalam rumah. Kita terpaksa keluar tapi kita tak kuat nak angkat suami saya yang lumpuh, jadi sekejap-sekejap kita akan masuk untuk melihat keadaannya. Baunya sampai 1 tengahari," kata Cik Kalsom.
Punca kebocoran gas ammonia itu masih disiasat Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak polis. - The Star/ Asia News Network
