Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua maut dalam bantahan kanun jenayah di Sulawesi

Sep 27, 2019 | 04:52 PM



JAKARTA - Seorang lagi pelajar meninggal dunia selepas penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Sulawesi, Indonesia, semasa perhimpunan menentang undang-undang yang pengkritik khuatir akan menjejas kebebasan dan usaha antirasuah, kata seorang pegawai pada Jumaat (27 September).



Mangsa adalah pelajar kedua yang terkorban dalam protes tersebut. 



Polis menembak gas pemedih mata untuk menghentikan penunjuk perasaan daripada melempar batu ketika berkumpul di luar bangunan majlis perundangan di Kendari, ibu kota Sulawesi Tenggara, pada Khamis (26 September).



Seorang pelajar meninggal dunia akibat luka peluru semasa keganasan itu, kata pihak berkuasa.



“Pagi ini, seorang pelajar lain, yang cedera parah, meninggal dunia akibat pendarahan di kepala,” kata ketua ombudsman wilayah Encik Mastri Susilo, kepada agensi berita dpa.



Puluhan ribu pelajar di seluruh negara telah mengadakan protes setiap hari sepanjang minggu lalu.



Tunjuk perasaan itu, yang sering berubah menjadi ganas, membantah semakan semula kanun jenayah, yang termasuk menjadikan seks di luar nikah, tinggal bersama sebelum berkahwin dan penghinaan presiden kesalahan jenayah.



Keganasan di Kendari menyusuli pertempuran di Jakarta Selasa lalu (24 September) yang menyebabkan lebih 260 pelajar dan 39 anggota polis cedera setelah anggota keselamatan dan penunjuk perasaan bertempur di luar bangunan parlimen negara, kata polis.



Perubahan yang diusulkan kepada kanun jenayah itu akan melihat mereka yang melakukan hubungan seks di luar nikah dihukum penjara sehingga setahun, sementara pasangan yang tinggal bersama tanpa berkahwin boleh dipenjarakan sehingga enam bulan.



Sesiapa yang menghina presiden atau naib presiden boleh dikenakan hukuman penjara sehingga empat setengah tahun. 



Ini telah dibatalkan oleh Mahkamah Perlembagaan pada 2016 selepas satu cabaran undang-undang oleh rakyat.



Penunjuk perasaan juga menuntut pemerintah menarik semula semakan baru-baru ini ke atas undang-undang yang mentadbir suruhanjaya antirasuah Indonesia yang aktivis memberi amaran boleh mengancam kebebasan badan tersebut. – Agensi berita.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >