Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua maut gempa bumi di Pulau Jawa

Dec 16, 2017 | 1:27 PM
Sekurang-kurangnya dua terbunuh dalam gempa bumi di Pulau Jawa FOTO: Reuters
Sekurang-kurangnya dua terbunuh dalam gempa bumi di Pulau Jawa FOTO: Reuters -

JAKARTA : Sekurang-kurangnya dua terbunuh, tujuh cedera manakala beberapa bangunan rosak teruk dalam kejadian gempa bumi di Pulau Jawa, sejurus sebelum tengah malam tadi.

Laporan oleh Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyebut, pusat gempa itu berada pada kedalaman 92 kilometer, kira-kira 52 kilometer di barat laut Tasikmalaya.

Agensi pengurusan bencana nasional Indonesia melaporkan, gempa itu mengaktifkan sistem amaran awal tsunami di selatan Jawa, sekali gus menyebabkan beberapa kawasan kediaman di pinggir pantai terpaksa dikosongkan.

Agensi itu bagaimanapun tidak mengesan sebarang pergerakan tsunami di semua kawasan terbabit.

Jurucakap agensi, Sutopo Purwo Nugroho, berkata dua penduduk maut dan tujuh lagi cedera manakala lebih daripada 100 bangunan disahkan mengalami kerosakan termasuk sebuah hospital di Jawa Tengah.

Katanya, kira-kira 70 pesakit diselamatkan dari Hospital Banyumas dan ditempatkan sementara di dalam khemah.

Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia pula melaporkan, satu gempa bumi berukuran 5.7 turut dikesan melanda bahagian selatan Jawa Barat awal pagi tadi namun tidak mencetuskan sebarang ancaman tsunami. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg