Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua pengebom kelab malam Movida dipenjara 25 tahun

Mar 29, 2017 | 05:38 PM



KUALA LUMPUR: Dua lelaki dihukum penjara 25 tahun oleh Mahkamah Tinggi hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan menyokong kumpulan militan Daesh dan pengeboman kelab malam Movida di Puchong, pada Jun lalu.



Hakim Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas tertuduh, Imam Wahyudin Karjono, 21, dan Jonius Ondie, 25, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan secara berasingan.



Datuk Nordin menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun terhadap tuduhan membaling dan meletupkan bom tangan di kelab malam Movida manakala penjara 10 tahun bagi setiap tertuduh atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas.



Beliau memerintahkan hukuman dijalankan serentak berkuat kuasa dari tarikh tangkap, masing-masing Imam pada 29 Jun 2016 manakala Jonius pada 1 Julai 2016.



Dalam penghakimannya, Datuk Nordin berkata kes yang dihadapi kedua-dua tertuduh adalah berat kerana mereka mengakui membaling bom di tempat awam sehingga menyebabkan lapan parah.



"Perbuatan itu menyebabkan keadaan huru-hara berlaku di negara ini.



"Matlamat mahkamah jatuhkan hukuman adalah isyarat kepada mereka di luar termasuk rakan seperjuangan kamu yang beranggapan matlamat itu penting,"katanya.



Mereka dituduh bersama-sama membaling dan meletupkan bom tangan yang menggunakan fius lever jenis 'Fuze M213' sehingga menyebabkan kecederaan terhadap lapan orang di premis itu.



Perbuatan mereka itu dilakukan dengan niat untuk melanjutkan satu perjuangan ideologi serta dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di negara ini.



Kesalahan itu dilakukan di Movida Boulevard, Lot G2 & G3, Tingkat Bawah, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong, jam 2 pagi, pada 28 Jun 2016.



Imam turut menghadapi tuduhan memberi sokongan kepada militan Daesh dengan melakukan sumpah setia dalam telegram Kumpulan Gagak Hitam manakala Jonius didakwa menyokong Daesh menerusi kumpulan sama.



Perbuatan itu dilakukan di C-4-19, Blok Cempaka, Jalan Indah 1, Puchong di sini, antara 30 Mac hingga 15 Jun 2016.



Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainudin berhujah peningkatan kes berkaitan keganasan sejak kebelakangan ini perlu dibendung.



"Hukuman yang berat dapat mencegah kumpulan pengganas terbabit daripada terus berleluasa dalam negara ini," katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >