Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua pengebom nekad warga M'sia laksana misi di Syria, Iraq

Lebih 30 maut dalam serangan di Raqqa dan Tikrit
Jan 11, 2016 | 12:37 PM



KUALA LUMPUR: Dua warga Malaysia yang bertindak sebagai 'pengebom nekad' telah meletupkan diri mereka sekaligus membunuh lebih 30 orang semasa melaksanakan misi mereka di Syria dan Iraq minggu lalu, lapor akhbar The New Straits Times hari ini.


Akhbar itu menyatakan, ia mendapat tahu bahawa seorang warga Malaysia kelahiran Terengganu, Mohd Amirul Ahmad Rahim, telah meletupkan bom yang dipasang di badannya sewaktu dalam kereta semasa berlaku pertempuran di kubu Negara Islam (IS) di Raqqa, Syria, pada 29 Disember lalu.


Sumber-sumber memberitahu NST bahawa Amirul, 26 tahun, telah meninggalkan keluarganya di Malaysia dan menuju ke Syria pada Oktober 2014 untuk menganggotai IS.


Amirul, yang menggunakan nama 'Abu Uqashah Malizi', meninggal dunia pada hari IS melancarkan serangan ke atas angkatan tentera bersekutu ke-44 Syria, berdekatan Ain Issa, yang menyaksikan 21 pejuang Kurdi terkorban.


Anggota IS dari Malaysia yang berkhidmat di Syria dan Iraq selalunya menggunakan istilah 'Malizi' di hujung nama ganti mereka.


Amirul merupakan diantara 16 pejuang IS yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan Arab dan Kurdi semasa serangan ke atas tentera perikatan itu, yang dibentuk oleh Unit Perlindungan Rakyat Kurdi (YPG) dan pejuang Arab.


Serangan di Raqqa adalah diantara beberapa operasi utama menentang IS.


Pada 26 Disember lalu, pasukan tentera perikatan telah menawan Empangan Tishreen yang dikuasai IS yang menempatkan beberapa perkampungan di sepanjang bahagian timur sungai Euphrates.


Empangan itu yang dikuasai IS sejak 2014, menghasilkan bekalan elektrik untuk sebahagian besar wilayah utara Aleppo.


Ia merupakan operasi kedua terbesar tentera perikatan, selepas berjaya menyebabkan IS berundur dari wilayah Hasakeh yang menempatkan 200 kampung di timur laut negara itu.


Kematian Amirul berlaku lima hari sebelum seorang lagi warga Malaysia meletupkan dirinya di Tikrit, Iraq.


Difahamkan, warga Malaysia yang dikenali sebagai, Mohamad Syazwan Mohd Salim, telah menjalankan misinya pada malam 3 Januari lalu.


Dia merupakan salah seorang daripada tujuh pengebom nekad yang pergi ke sebuah pusat latihan polis di pangkalan tentera Speicher, kira-kira 160km, utara Baghdad.


Mereka mensasarkan sekumpulan besar pasukan polis dari wilayah timur laut Nineveh, yang sedang menjalani latiham.


Dipercayai, Shazwan, bersama-sama pengebom lainnya, telah ditembak oleh sasaran mereka.


Sumber memberitahu NST lagi, pemuda berumur 31 tahun itu merupakan diantara mereka yang meletupkan tali pinggang yang dilengkapi bom yang dipakai mereka yang membunuh 12 anggota polis termasuk tiga pegawai dan 20 lagi cedera.


Difahamkan, kedua-dua warga Malaysia ini adalah diantara mereka yang telah direkrut oleh IS untuk dilatih sebagai pengebom nekad.


Sehingga baru-baru ini, warga Malaysia yang menyertai IS jarang ditempatkan sebagai pejuang barisan depan.


Dilaporkan bahawa mereka, termasuk beberapa warga negara India dan lainnya, selalunya diberikan tugas mudah, selaku tukang masak atau tenaga pembersih.


Tetapi dalam masa beberapa bulan, mereka akan mula 'naik pangkat'.


Syazwan meninggalkan rumahnya di Selangor bersama-sama adik lelakinya, Muhamad Shazani Mohd Salim, 28 tahun, pada 23 September 2014 dan terbang ke Istanbul, Turkey untuk menyertai IS.


Dilaporkan bahawa Shazani, yang juga dikenali sebagai Abu Aydan di kalangan rakan-rakan seperjuangan, mula bertugas sebagai tukang pembersih sebelum diambil menjadi penembak tepat dan kemudiannya sebagai pengebom nekad.


Dia mati dalam misi nekad pada 18 September lalu di Bayji, di utara Iraq sewaktu pertempuran dengan tentera Iraq.


Sumber memberitahu NST lagi, kedua-dua adik-beradik itu dilatih untuk misi bunuh diri itu oleh sayap Khatibah Nusantara di Syria.


Di Facebook, penyokong IS, termasuk di Malaysia, telah meraikan kematian kedua-dua adik beradik, dan menyifatkan mereka sebagai telah 'syahid'.


Kematian Amirul dan Syazwan telah membawa kepada 17 warga Malaysia yang punyai kaitan dengan IS, terkorban.


Daripada jumlah tersebut, enam telah bertugas sebagai pengebom nekad, sementara yang lain tewas dalam pertempuran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >