NEW YORK: Bendera Tuvalu memaparkan sembilan bintang berwarna kuning - satu untuk setiap pulau yang membentuk kepulauan Pasifik, yang didiami sekitar 11,000 orang. Malah ketika ini, dua daripada pulau itu telah hampir ditenggelami air disebabkan krisis pemanasan global yang telah menyebabkan kerosakan teruk yang tidak boleh diubah dan akan menyebabkan negara itu tidak lagi boleh didiami untuk dekad-dekad mendatang. Yang dikhuatiri ialah penduduk dipaksa berpindah. "Ini adalah idea di sebalik Inisiatif Negara Membangun - bagi mengiktiraf negara-negara kita, meskipun telah tenggelam, disebabkan identiti kita," kata Perdana Menteri, Encik Kausea Natano, kepada agensi berita AFP di sisi Perhimpunan Agung PBB (UNGA). Perhimpunan itu menjadi tempat pembuat dasar utama PBB dan mereka bermesyuarat dalam sesi tetap dari September hingga Disember setiap tahun dan sekiranya diperlukan bagi membincangkan pelbagai isu yang dihadapi dunia.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg