BAGHDAD: Dua roket jatuh di dalam Zon Hijau Baghdad yang dikawal ketat kelmarin, yang menempatkan bangunan pemerintah dan misi asing, tetapi tidak menyebabkan kecederaan, kata tentera Iraq.
Siren kedengaran di dalam Zon Hijau. Sumber polis memberitahu Reuters sekurang-kurangnya satu roket jatuh 100 meter dari Kedutaan Amerika Syarikat.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg