Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua serpihan yang ditemui di Mozambique sah dari MH370

Apr 21, 2016 | 09:26 AM



CANBERRA: Serpihan pesawat yang dijumpai di Mozambique adalah dari pesawat Malaysia Airlines MH370, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) nyatakan dalam Laporan Pemeriksaan Teknikal yang dikeluarkan pada Selasa (19 Apr).



Laporan itu mengesahkan penilaian awal oleh pelbagai pihak bahawa serpihan pesawat itu mungkin datang dari pesawat MH370 yang menyimpang dari laluan penerbangan asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum hilang.



Pada 27 Dis dan 27 Feb lalu, dua serpihan pesawat ditemui berasingan kira-kira 220 km antara satu sama lain di pantai Mozambique.



Salah satu daripadanya adalah bahagian sayap kanan pesawat Boeing 777, sementara yang satu lagi bahagian panel penstabil mendatar.



Kedua-dua serpihan itu diserahkan kepada pihak berkuasa penerbangan awam di Mozambique dan Afrika Selatan awal bulan lalu.



Kerajaan Malaysia kemudian meminta bantuan daripada ATSB untuk mengenal pasti apakah ia datang dari MH370.



Menteri Pengangkutan Australia, Encik Darren Chester, berkata perkataan dan nombor utama yang distensil pada serpihan tersebut dipadankan sepenuhnya dengan fon yang digunakan oleh Malaysia Airlines, dan tidak sama dengan yang digunakan oleh kilang Boeing semasa menyerahkan pesawat.



Beliau berkata "kaitan" itu membuktikan bahawa kedua-dua serpihan dari Boeing 777 yang hilang pada 8 Mac 2014 dengan 239 orang itu.



"Saya mengalu-alukan Laporan Pemeriksaan Teknikal yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yang mengesahkan serpihan itu hampir pasti berasal dari MH370," kata Encik Chester dalam satu kenyataan pada Rabu.



Beliau berkata pencarian pesawat itu diteruskan di kawasan akhir 20,000 km persegi di selatan Lautan Hindi, tempat penyiasat percaya pesawat itu terhempas.



Operasi mencari dijadualkan berakhir pada awal Julai.



Sementara itu, berpuluh-puluh keluarga mereka yang terbunuh apabila peluru berpandu menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine dua tahun lalu sedang menimbangkan menyaman syarikat penerbangan itu bagi pampasan.



Semua 298 penumpang dan anak kapal - majoriti warga Belanda - maut ketika pesawat Boeing 777 itu ditembak peluru berpandu antipesawat BUK buatan Rusia di ruang udara timur Ukraine yang dilanda perang pada 17 Julai 2014, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. - Xinhua, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >