Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua warga hilang di perairan Mersing: Usaha mencari dan menyelamat diteruskan, Konsulat-Jeneral S'pura dan MFA beri sokongan

Aug 10, 2019 | 02:42 PM



 





KONSULAT-JENERAL Singapura di Johor Bahru bersedia memberi bantuan dan sokongan sedang operasi mencari dan menyelamat dua warga Singapura diteruskan pada Sabtu (10 Ogos), lebih 24 jam selepas mereka dilapor  hilang semasa berkayak di Mersing, Johor, 



 Dalam kenyataannya berkenaan kes itu pada Sabtu, jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata Konsulat-Jeneral Singapura di Johor Bahru ‘sedang berhubungan rapat’ dengan pihak berkuasa Malaysia yang mengendalikan operasi mencari.



 “MFA dan Konsulat-Jeneral akan terus memberikan bantuan konsular kepada saudara warga Singapura yang hilang itu dan menyokong operasi mencari yang sedang diteruskan.



 Dua warga Singapura, Tan Eng Soon, 52 tahun dan Puah Geok Tin ,64 tahun dilapor hilang semasa berkayak di perairan Endau di Mersin, Johor.



Pasangan itu dipercayai terpisah daripada kumpulan 13 lagi warga Singapura yang sedang berkayak di sekitar kepulauan Endau sekitar 5.40 petang pada Khamis (8 Ogos)



Pengarah Agensi Penguatkuasaan Kelautan Malaysia Johor (MMEA) Panglima Pertama (Kelautan) Aminuddin Abdul Rashid berkata pusat penyelamat laut Johor Baru (MSRC) dimaklumkan tentang dua pelancong yang hilang itu sekitar 2.15 petang pada Jumaat (9 Ogos).



Laporan polis tentang dua orang yang hilang itu dibuat sekitar 10.30 pagi, pada hari yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >