Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua warga Myanmar yang bunuh pelancong Britain di Thailand nantikan keputusan mutakhir

Aug 29, 2019 | 03:21 PM



NONTHABURI, THAILAND - DUA pekerja asing warga Myanmar yang dijatuhi hukuman mati atas pembunuhan dua pelancong beg galas (backpacker) warganegara Britain di sebuah pulau percutian di Thailand, akan mendengar nasib mutakhir mereka pada Khamis (29 Ogos), apabila keputusan rayuan akhir mereka disampaikan.



Zaw Lin dan Win Zaw Tun didapati bersalah atas tuduhan memperkosa dan membunuh Cik Hannah Witheridge, 23 tahun, dan atas kesalahan membunuh Encik David Miller, 24 tahun.



Mayat Cik Hannah dan Encik David ditemui di pantai selatan Koh Tao pada September 2014.



Pendakwa menegaskan bahawa bukti yang diterima jelas menunjukkan kesalahan dua lelaki yang berasal dari negeri Rakhine di Myanmar itu, serta ingin hukuman mati terhadap mereka dikekalkan.



Namun sewaktu proses penyelidikan, pihak pembela mendakwa pihak berkuasa telah menyalahgunakan proses siasatan dan bukti DNA, misalnya dengan tidak membenarkan sampel analisis bebas diambil, dan menggunakan pengakuan paksaan oleh pasangan itu.



Encik Andy Hall, seorang penasihat antarabangsa untuk pihak pertahanan, berkata keterangan terhadap Zaw dan Win "tidak boleh dipercayai".



"Hukuman mati terhadap kededua tertuduh harus diterbalikkan dan dibatalkan," katanya.



Sistem undang-undang di Thailand dikenali sebagai sistem yang tidak telus, justeru terdapat kes yang diselesaikan dengan cepat tapi terdapat juga kes yang mengambil masa bertahun-tahun sebelum kata penyelesaian dapat diberikan.



Jika keputusan Mahkamah Agung pada Khamis tetap dengan keputusan hukuman mati atas kededua tertuduh, harapan terakhir mereka adalah kemungkinan pengampunan diraja.



Pada 2018, Thailand melaksanakan hukuman matinya yang pertama sejak 2009, kejadian yang dikecam keras oleh kumpulan yang mempertahankan hak asasi manusia.



Kumpulan ini berharap hukuman mati di Thailand dapat dihapuskan. -Berita Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >