Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua warga S’pura ditahan di Filipina, disyaki seludup kokain

Sep 28, 2023 | 06:29 PM



Sepasang ibu dan anak warga Singapura ditahan di lapangan terbang Manila, Filipina, pada Khamis setelah mereka ditangkap kerana didakwa membawa masuk dadah yang disyaki kokain seberat 14.36 kilogram bernilai 76.1 juta peso ($1.83 juta).

Kedua-dua suspek dikenal pasti sebagai Siti Aishah Awang, 63 tahun, seorang pelayan restoran; dan Nur Alavuyah Hanaffe, 39 tahun, yang bekerja sebagai jurusolek, lapor Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA).

Media tempatan melaporkan mereka merupakan pasangan ibu dan anak.

Laporan itu berkata mereka ditahan selepas mendarat di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (Naia) dari Doha dengan menaiki Qatar Airways QR 928 sekitar 1 pagi, Khamis.

Difahamkan mereka berada di Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE), sebelum ke Doha.

Manila Times memetik Biro Kastam (BoC) sebagai berkata bahawa kedua-duanya ditahan selepas pihak berkuasa memprofilkan penumpang yang tiba.


Pegawai daripada Kumpulan Bertindak Antidadah Antara Agensi Naia kemudian menemui 341 butiran kecil yang mengandungi “serbuk putih yang disyaki kokain” dalam bagasi dan beg sandang kedua-dua suspek.

Timbalan komander pasukan itu, Encik Gerald Javier, memberitahu media tempatan bahawa butiran kecil itu dibalut dan disimpan dalam kotak biskut supaya kelihatan sebagai hadiah.

“Mereka menyembunyikan butiran kokain itu dalam tin dan kanister (yang dilabel) dengan jenama yang dikenali,” jelasnya.

Beliau menambah, suspek memasukkan tin dan kanister itu ke dalam beg plastik yang digunakan di kedai bebas cukai dalam usaha mengelakkannya daripada dikesan.

Tin dan kanister itu, bagaimanapun, ditemui apabila pegawai memeriksa kandungan bag plastik tersebut.

Encik Javier berkata Filipina akan menyelaraskan usaha dengan penguatkuasa dadah di Qatar dan Singapura untuk mengesahkan “personaliti suspek”.

Kedua-duanya kini berada dalam tahanan PDEA bagi siasatan lanjut dan bahan-bahan itu disita.

Siti Aishah memberitahu wartawan di Filipina “saya tidak tahu apa-apa, kerana mereka berkata bahawa yang ini... tidak ada yang dilarang”, lapor The Straits Times.


Anaknya, sambil menutup muka, pula mencelah: “Ibu saya sudah mengatakan bahawa dia tidak tahu apa-apa. Dia tidak tahu apa yang ada di dalamnya. Itu sahaja. Terima kasih banyak-banyak.”

Menjawab pertanyaan Berita Harian, jurucakap Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata ia sedia maklum bahawa dua wanita warga Singapura telah diberkas di Filipina kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah.


“Pihak berkuasa Filipina sedang menyiasat kes ini dan tidak wajar bagi kami mengulas mengenainya buat masa ini.

“CNB akan menghulurkan sebarang bantuan yang diperlukan oleh rakan sejawat kami dalam siasatan mereka,” tambah CNB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >