Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dubes China ke Jerman: China terbuka kepada siasatan antarabangsa

May 8, 2020 | 9:00 PM
CABARAN DUNIA: Seorang wanita memakai pelitup duduk di sebelah gerai menjual buah-buahan di kawasan kejiranan selepas sekatan berkurung ditarik balik di Wuhan, ibu kota wilayah Hubei dan merupakan pusat penularan penyakit koronavirus.
CABARAN DUNIA: Seorang wanita memakai pelitup duduk di sebelah gerai menjual buah-buahan di kawasan kejiranan selepas sekatan berkurung ditarik balik di Wuhan, ibu kota wilayah Hubei dan merupakan pusat penularan penyakit koronavirus. - - Foto: REUTERS

BERLIN: China terbuka kepada siasatan bebas bagi menentukan punca penularan koronavirus yang kini melanda dunia, kata duta besar China ke Jerman, dalam satu laporan dalam majalah negara itu, di tengah-tengah dakwaan Amerika Syarikat yang ia berpunca dari sebuah makmal.

China telah menolak dakwaan Amerika itu sebagai tidak berasas dan Australia mempersoal bagaimana ia menangani pandemik koronavirus, menyatakan ia harus bersifat terbuka dan telus, meskipun keraguan semakin meningkat tentang kesahihan jumlah korban rasmi.

"Kami terbuka kepada siasatan antarabangsa," kata Encik Wu Ken kepada majalah Der Spiegel dalam satu wawancara.

"Kami menyokong pertukaran penyelidikan di kalangan saintis... tetapi kami menolak meletak China dalam kandang bersalah tanpa bukti, menganggap kami bersalah dan kemudian cuba mencari bukti menerusi siasatan antarabangsa," katanya.

Australia tahun lalu telah menggesa satu siasatan antarabangsa terhadap punca dan penularan virus yang timbul di tengah-tengah bandar Wuhan lewat tahun lalu.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump dan Setiausaha Negara Amerika, Encik Mike Pompeo, berkata terdapat bukti ia berasal dari sebuah makmal di Wuhan, tanpa menyatakan buktinya.

Satu laporan risikan Jerman meragui tuduhan mereka.

Sekitar 3.86 juta orang telah dijangkiti di seluruh dunia dan seramai 268,620 telah meninggal dunia, menurut dapatan agensi berita Reuters. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg