SPH Logo mobile
Langgan|

Duit, setem di Britain diubah, tampilkan wajah Raja Charles III

Duit, setem di Britain diubah, tampilkan wajah Raja Charles III

Sep 11, 2022 | 5:30 AM

Duit, setem di Britain diubah, tampilkan wajah Raja Charles III

689bcdb4-cbc9-4bbb-b529-dcaf544cf00c
-

LONDON: Kematian Ratu Elizabeth II menyaksikan Putera Charles dinobatkan sebagai Raja Charles III dan keadaan itu juga menyebabkan kerajaan United Kingdom (UK) terpaksa mengubah beberapa tradisi yang dipegang sejak 70 tahun lalu.

Antaranya, pertukaran wajah baru pada setem, duit syiling dan wang kertas, selain nyanyian lagu kebangsaan.

Lagu kebangsaan Britain sedia ada yang dicipta pada abad ke-18 akan ditukar daripada 'God Save the Queen' kepada 'God Save the King'.

Syiling, setem dan wang kertas pula perlu ditempa serta dicetak baru yang menampilkan kepada Charles III.

Bagaimanapun, wang dan setem lama masih sah digunakan sehingga penggantian dilakukan secara beransur-ansur.

Sejak monarki dikembalikan pada 1660, sudah menjadi tradisi bagi pemerintah baharu supaya imej kepalanya menghadap arah bertentangan daripada pemegang takhta terdahulu.

Sebelum ini, kedudukan Ratu Elizabeth menghadap ke kanan, justeru gambar Raja Charles kini akan menghadap ke kiri.

Selain itu, 'Cypher' Diraja atau monogram memaparkan logo mengandungi huruf awalan nama monarki yang ketika ini tertera cop 'EIIR' akan ditukar.

Monogram itu digunapakai di seluruh Britain, termasuk pada peti surat dan pakaian seragam polis.

Dari segi perundangan pula, peguam kanan diraja yang selama ini dikenali sebagai 'Queens Counsel' (QC) akan dikenali sebagai 'King's Counsel' (KC). - Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg