Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KRISIS VENEZUELA

Dulu negara kaya sekarang 90% rakyat miskin

Ramai lari ke negara lain, tentangan terhadap presiden meningkat
Feb 17, 2019 | 05:30 AM



CARACAS: Dengan 300 bilion tong minyak - rizab minyak terbukti paling banyak di dunia - Venezuela pernah menjadi salah sebuah negara terkaya di dunia dari segi pendapatan per kapita.



Tetapi hari ini, rakyat Venezuela menderita kekurangan bekalan asas dan kadar kemiskinan yang meningkat berlipat kali ganda mencampakkan hampir 90 peratus daripada mereka ke bawah garis kemiskinan, menurut angka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Presiden mereka, Encik Nicolas Maduro, kini menghadapi cabaran paling serius terhadap pemerintahan beliau sejak mula berkuasa pada 2013, di tengah-tengah krisis ekonomi yang mendorong berjuta-juta orang mencari perlindungan di negara-negara jiran.



Apa puncanya?



EKONOMI MENJUNAM



Apabila harga minyak menjunam dan pendapatan merosot pada 2010, program kebajikan sosial yang dirancang bagi negara itu oleh bekas presiden Hugo Chavez gagal.



Akibatnya, Venezuela, sebuah negara anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (Opec) yang bergantung pada jualan minyak bagi hampir separuh belanjawan negara, terjebak dalam krisis ekonomi terburuknya, dengan ramalan hiperinflasi mencapai 10 juta peratus tahun ini, selepas ia secara rasmi mengalami kemelesetan pada 2014.



Para penentang berkata krisis ekonomi Venezuela akibat dasar sosialis selama dua dekad yang dimulakan oleh Encik Chavez, yang memerintah dari 1999 hingga beliau meninggal dunia akibat barah pada 2013.



Tetapi Encik Maduro - bekas pemandu bas dan pengganti Encik Chavez yang memenangi jawatan presiden dengan majoriti tipis dalam pilihan raya 2013 yang dipertikai - menyalahkan musuh politiknya bagi keadaan negara itu yang kini menyedihkan.



HURAIAN PEMERINTAH



Untuk mengatasi krisis hiperinflasi dan krisis kewangan Venezuela, Encik Maduro menghilangkan lima sifar daripada mata wang bolivar pada Ogos tahun lalu dan menambatkannya pada sebuah mata wang kripto (cryptocurrency) yang dipanggil petro.



Beliau juga menaikkan gaji minimum bulanan puluhan kali sepanjang tempoh presidennya, termasuk lima kali tahun lalu. Semakan terbaru - kenaikan 300 peratus - yang diumumkan pada 14 Januari, akan menyaksikan gaji minimum naik daripada 4,500 bolivar kepada 18,000 bolivars ($2,450)



MENGAPA RAKYAT MARAH



Pada Disember 2015, harga minyak menjunam ke tahap terendah dalam tempoh tujuh tahun, menyebabkan kekurangan besar bekalan makanan dan ubat di negara Amerika Selatan itu. Pada bulan itu, pembangkang menguasai Dewan Negara selepas menang besar dalam pilihan raya.



Rakyat miskin Venezuela marah setelah tersebar sebuah video Encik Maduro menikmati hidangan daging lazat di sebuah restoran milik seorang cef selebriti Turkey.



Menurut satu kajian sekumpulan universiti terkemuka Venezuela, 60 peratus rakyat negara itu kehilangan berat badan sebanyak purata 11 kilogram kerana diet kurang protein, salah satu nutrien utama dalam daging.



Tetapi sesetengah rakyat Venezuela menyalahkan masalah mereka ke atas Amerika Syarikat dek sekatannya terhadap negara mereka yang menyukarkan Venezuela menyusun semula hutangnya.



Kemelesetan selama bertahun-tahun itu menyakasikan tiga juta orang melarikan diri dari Venezuela - yang penduduknya hampir 32 juta menurut data Bank Dunia - sejak 2014. Ini mewujudkan krisis migrasi di negara-negara berdekatan.



Selain itu, Encik Maduro enggan menerima bantuan kemanusiaan antarabangsa, dengan berhujah ia batu loncatan bagi menakluki negara itu.



BANTAHAN DAN TINDAKAN KERAS



Satu gelombang bantahan antipemerintah pada Februari 2014, di tengah-tengah krisis ekonomi teruk, meletus menjadi pertempuran selama empat bulan dan pemerintah cuba menghentikannya dengan tindakan ganas, menyebabkan 43 orang terbunuh.



Pusingan baru bantahan jalanan dicetuskan dari April hingga Julai 2017 apabila Mahkamah Agung pro-Maduro mengambil alih fungsi Dewan Negara.



Ratusan ribu orang menunjuk perasaan di jalan-jalan di seluruh Venezuela, mengutuk kesulitan ekonomi dan menuntut pilihan raya presiden. Sekurang-kurangnya 125 orang mati dalam kekacauan selama berbulan itu.



Disokong oleh Encik Juan Guaido, ketua Dewan Negara, bantahan baru meletus di ibu negara Caracas dan seluruh negara bulan lalu, dengan 13 kematian dilaporkan.



Pada 21 Januari, 27 askar melancarkan pemberontakan di pos komando di Caracas, sambil menggesa orang ramai supaya mengadakan tunjuk perasaan dalam video yang diedar di media sosial.



Mereka dengan cepat ditangkap. Menteri Pertahanan Vladimir Padrino berkata mereka menyerang pos keselamatan lain, menahan empat tebusan dan mengambil "senjata perang".



Pada 23 Januari, Encik Guaido, mengisytiharkan dirinya sebagai 'pemangku presiden' negara itu, dan mempertikai keabsahan penggal kedua Encik Maduro selepas beliau memenangi pilhan raya presiden pada Mei tahun lalu.



Amerika dan negara utama Amerika Selatan, termasuk Brazil, mengiktiraf Encik Guaido sebagai pemimpin sementara Venezuela, sementara Kesatuan Eropah (EU) menggesa diadakan pilihan raya bagi memulihkan demokrasi.



Mexico, Russia dan Cuba, bagaimanapun, menegaskan pengiktirafan mereka bagi Encik Maduro.



Amerika dikatakan sedang menimbangkan lebih banyak sekatan terhadap Venezuela, menyasarkan barangan seperti minyak dan emas, untuk menjatuhkan Encik Maduro, yang masih disokong oleh kebanyakan tentera negara itu. - Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >