Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

DUN Sarawak sudah terbubar, pilihan raya negeri perlu diadakan sebelum 18 September

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

DUN Sarawak sudah terbubar, pilihan raya negeri perlu diadakan sebelum 18 September

Jul 26, 2021 | 10:37 PM

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 yang tertangguh akibat Proklamasi Darurat, mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Ordinan Darurat dibatalkan pada 21 Julai.

Ini bermakna PRN Sarawak Ke-12 perlu diadakan sebelum 18 September, lapor Berita Harian Malaysia.

Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan), Pusat Polisi Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof, berkata PRN itu antara kesan utama kepada pembatalan enam Ordinan Darurat yang dibuat oleh Kabinet.

"Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak perlu diisytiharkan terbubar kerana tamat tempoh lima tahun.

"PRN Sarawak Ke-12 perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh ordinan tidak lagi berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (26 Julai).

DUN Sarawak sepatutnya dibubarkan pada 7 Jun lalu, namun proses itu tidak dapat dilaksanakan kerana tertakluk kepada Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Berikutan itu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak kekal sehingga DUN dibubarkan mengikut Perkara 18(1) Perlembagaan Negeri Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg awal bulan ini berkata kerajaan negeri belum membincangkan tarikh sesuai mengadakan PRN Sarawak Ke-12, walaupun separuh iaitu 1.3 juta rakyatnya sudah mendapat vaksin Covid-19.

Beliau berkata, pihaknya mahu memberi tumpuan terhadap usaha melengkapkan vaksinasi kepada 2.08 juta rakyat yang layak.

Sementara itu, Dr Muhammad Fathi berkata, semua kerusi Parlimen dan DUN yang kosong dalam tempoh Proklamasi Darurat seperti DUN Melor di Kelantan perlu diisi melalui Pilihan Raya Kecil (PRK), juga dalam tempoh 60 hari Ordinan Darurat tidak lagi berkuat kuasa.

"Jika darurat khusus untuk Parlimen Batu Sapi, Parlimen Gerik dan DUN Bugaya juga ditamatkan, PRK untuk kerusi-kerusi berkenaan perlu dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata, pembatalan Ordinan Darurat juga boleh membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak mendapat sokongan untuk kelulusan Belanjawan 2022 atau kalah dalam apa-apa pengundian di Dewan Rakyat yang boleh ditafsirkan sebagai hilang kepercayaan ahli dewan.

Katanya, berdasarkan Perkara 40(3), jika tiada calon lain yang layak dilantik Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong boleh membubarkan Parlimen atas kehendak Perdana Menteri.

"Dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen, PRU-15 perlu dilaksanakan di seluruh negara," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Isnin mengumumkan kerajaan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.

Katanya, berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat turut dibatalkan dan kerajaan menarik balik ordinan berkenaan pada 21 Julai lalu. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3