Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dunia hadapi gelombang panas, gangguan bekalan elektrik

May 24, 2022 | 05:30 AM



NEW DELHI: Grid kuasa global akan menghadapi ujian terbesar mereka dalam beberapa dekad dengan penjanaan elektrik yang tercekik di ekonomi terbesar dunia.



Perang. Kemarau. Kekurangan pengeluaran. Inventori yang rendah dari segi sejarah. Dan tindak balas pandemik.



Pasaran tenaga di seluruh negara telah mengalami kesukaran sepanjang tahun lalu, dan pengguna turut terjejas akibat kenaikan harga ini.



Namun, terdapat kemungkinan besar keadaan berada di landasan untuk menjadi lebih sukar.



Cuaca panas sudahpun terasa di bahagian Asia Selatan sehingga suhu udara mampu memasak salmon mentah.



Para saintis meramalkan cuaca yang lebih terik beberapa bulan mendatang ini, terutama di America Syarikat.



Penggunaan kuasa akan meningkat apabila rumah dan perniagaan menghidupkan penghawa dingin.



Masalahnya ialah bekalan tenaga sangat rapuh sehinggakan tidak cukup untuk digunakan, dan pemadaman kuasa akan membahayakan nyawa apabila tiada kipas atau penghawa dingin untuk memberikan kelegaan daripada suhu yang meningkat.



Gelombang haba Asia telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama berjam-jam, menyebabkan lebih 1 bilion penduduk berhadapan dengan risiko, terutama di Pakistan, Myanmar, Sri Lanka dan India.



Sekurang-kurangnya sedozen negeri AS dari kawasan California hingga ke Great Lakes berisiko mengalami gangguan elektrik pada musim panas ini.



Bekalan kuasa akan diperketatkan di China dan Jepun.



Begitu juga dengan Afrika Selatan yang bersedia untuk rekod pemotongan kuasa sepanjang tahun ini.



"Peperangan dan sekatan mengganggu bekalan dan permintaan, dan itu ditambah pula dengan cuaca ekstrem dan pemulihan ekonomi daripada Covid-19 yang meningkatkan permintaan kuasa," kata Encik Shantanu Jaiswal, penganalisis BloombergNEF.



"Percampuran banyak faktor adalah agak unik. Saya tidak ingat kali terakhir semuanya berlaku bersama-sama."



Tanpa kuasa, kebajikan manusia akan menjadi tertekan.



Kemiskinan, usia dan kedekatan dengan khatulistiwa akan meningkatkan kemungkinan penyakit dan kematian akibat suhu yang terlalu panas.



Gangguan yang berpanjangan bermakna puluhan ribu juga mungkin kehilangan akses kepada air bersih.



Tahun ini mungkin memasuki buku rekod untuk tekanan terbesar yang pernah berlaku pada kuasa global, tetapi halangan itu tidak mungkin hilang dalam masa terdekat. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >