Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Durian kanyao dilelong lebih $65,000 sebiji

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Durian kanyao dilelong lebih $65,000 sebiji

Jun 08, 2019 | 01:41 PM

NONTHABURI: Sebiji durian istimewa berjaya dilelong dengan harga 1.5 juta baht ($65,384) dalam satu sesi lelongan di sini, kata pihak penganjur.

Durian jenis kanyao dikatakan paling mahal di dunia itu berjaya mendapat bidaan daripada penggemar raja buah itu, di wilayah tengah Thailand pada 1 Jun lalu.

Pihak penganjur memilih sendiri buah tersebut sehari sebelum sesi lelongan daripada sebuah kebun berdekatan yang menjual buah terbabit dengan harga paling rendah 20,000 baht ($871).

Bagaimanapun durian istimewa itu dipilih kerana saiz, bentuk dan kematangan buah, memecahkan rekod jualan 800,000 baht ($34,871) tahun lalu ketika ia dijual di Festival Raja Durian 2019.

Acara penuh gemilang itu menyaksikan peragawati memperagakan buah yang diletakkan di atas bantal bersarung merah, termasuk sembilan biji durian jenis lain. Antaranya Monthong, Kanyao dan Kop Med Tao yang berharga setiap satu mencecah sehingga 300,000 baht ($13,076).
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3