Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Duta China lawat Pentagon runding isu keselamatan

Gesa Washington tolak ansur terhadap Beijing bagi pulih hubungan dua negara, tentera dalam temuan ‘jarang berlaku’
Jul 13, 2023 | 01:13 PM



WASHINGTON: Duta China ke Amerika Syarikat mengadakan pertemuan yang jarang berlaku bersama pegawai tertinggi pertahanan Amerika bagi Asia di Pentagon pada Rabu, umum Pentagon sambil memaklumkan perbincangan tersebut menyusuli rentetan kritikan Washington terhadap keengganan Beijing terlibat dalam komunikasi ketenteraan.


Kenyataan ringkas Pentagon menyatakan Duta Besar China, Encik Xie Feng, membincangkan hubungan pertahanan dan “pelbagai isu keselamatan antarabangsa dan serantau” bersama penolong setiausaha pertahanan Amerika, Dr Ely Ratner.

“Ratner juga menekankan komitmen jabatannya untuk mengekalkan talian terbuka komunikasi tentera bersama tentera antara Amerika dan PRC,” kata jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Martin Meiners, yang menggunakan akronim Republik Rakyat China (PRC) bagi nama rasmi China.

Perbincangan itu berlangsung sekitar 90 minit, kata Kolonel Meiners.

Dalam satu kenyataan awal Khamis, kedutaan China di Washington berkata Encik Xie menggesa Amerika supaya bertolak ansur bersama China untuk mengembalikan hubungan antara dua negara itu dan tentera mereka ke landasan yang betul secara beransur-ansur.

“Hubungan China-Amerika yang sihat dan stabil adalah demi kepentingan bersama kedua-dua negara,” kata Encik Xie dalam mesyuarat itu.

Beliau juga meminta “Amerika mengambil tindakan untuk menghapuskan halangan, mengurus perbezaan, mengendalikan isu Taiwan, isu penting dan sensitif lain dengan berhati-hati mengikut prinsip tiga perisytiharan bersama China-Amerika”.

Pengarah program China di Stimson Centre, Cik Yun Sun, berkata pertemuan itu “agak luar biasa.”

“Duta Besar China tidak sering bertemu pegawai kanan pertahanan Amerika,” kata Cik Sun.

“Ia mencadangkan bahawa China sekurang-kurangnya respons terhadap kebimbangan Amerika, tetapi kemajuan sebenar masih memerlukan masa dan rundingan,” ujarnya.

Dengan hubungan Amerika-China pada paras rendah berhubung isu keselamatan negara, termasuk Taiwan, larangan eksport Amerika ke atas teknologi termaju dan dasar perindustrian negara China, Washington kini dilihat cuba membaiki hubungan antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Setiausaha Perbendaharaan Amerika, Cik Janet Yellen, melawat China awal bulan ini dan Duta Iklim Amerika, Encik John Kerry, dijangka melawat minggu depan. Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, pula berkunjung ke Beijing pada Jun, iaitu lawatan pertama ke China oleh setiausaha negara Amerika sejak 2018.

Tetapi Beijing menolak usaha Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin, untuk mengadakan pertemuan mendalam bersama rakan sejawatannya dari China pada forum pertahanan di Singapura pada Jun dan lantas komunikasi ketenteraan telah terhenti.

“Kami kerap menghubungi mereka untuk mengukuhkan komunikasi krisis dan meminta saluran pengurusan krisis kami dengan Beijing dibuka tetapi mereka telah beberapa kali menolaknya,” kata Encik Colin Kahl, penasihat dasar utama Pentagon, kepada forum di London pada 10 Julai.

China secara terbuka menyebut sekatan Amerika sebagai penghalang kepada dialog ketenteraan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >