Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Duta China nafi bot nelayan masuk perairan Malaysia

Apr 06, 2016 | 10:08 AM



PETALING JAYA: Bot nelayan China tidak memasuki perairan Malaysia, kata Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang, pada Selasa (5 April), empat hari selepas beliau dipanggil oleh Kuala Lumpur berkaitan dakwaan bahawa 100 kapal China menangkap ikan di perairan yang dituntut Malaysia di Laut China Selatan.



Dr Huang berkata dalam satu kenyataan bahawa bot nelayan itu sebenarnya "agak jauh" dari Qing Dai Jiao, yang lebih dikenali sebagai Luconia Shoals atau Beting Patinggi Ali, dekat Sarawak.



Beliau mendakwa nelayan China telah menangkap ikan di kawasan itu selama 600 tahun, sejak zaman Laksamana Cheng Ho, penjelajah istana dinasti Ming yang terkenal dengan ekspedisi di Asia Tenggara.



Dalam kenyataan yang dilaporkan akhbar The Star, Dr Huang berkata beliau percaya dua negara itu boleh menangani isu tersebut dalam "cara baik, aman dan tenang".



Minggu lalu, Kementerian Ehwal Luar Malaysia berkata ia telah memanggil Dr Huang untuk "mendapatkan penjelasan dan juga untuk mendaftar kebimbangan Malaysia berhubung perkara itu".



Dr Huang berkata beliau telah membuat kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, pada 1 April.



Beliau mengucapkan tahniah kepada Datuk Muhammad Shahrul bagi kenaikan pangkat beliau baru-baru ini dan membincangkan hubungan China-Malaysia serta kerjasama antara dua negara itu.



Dr Huang menegaskan China, rakan perdagangan utama Malaysia, sangat menghargai hubungannya dengan Malaysia, sambil menambah bahawa hubungan dua hala tidak dibina dengan mudah.



Pihak berkuasa maritim Malaysia berkata bulan lepas bahawa ia mengekori sehingga 100 bot China yang sedang menangkap ikan di luar pantai Sarawak dari 24 hingga 27 Mac.



Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berkata bot-bot itu ditemui melalui pengawasan udara. Ia mengeluarkan gambar bot-bot tersebut serta dua kapal pengawal pantai China. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >