Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Duta AS Nikki Haley beri amaran negaranya 'akan sentiasa ingat hari ini'

Dec 23, 2017 | 5:30 AM
TERUS BERI AMARAN: Cik Haley semalam mengulangi amaran bahawa Washington akan ingat negara-negara yang "tidak menghormati" Amerika dengan mengundi menentangnya. - Foto AFP
TERUS BERI AMARAN: Cik Haley semalam mengulangi amaran bahawa Washington akan ingat negara-negara yang "tidak menghormati" Amerika dengan mengundi menentangnya. - Foto AFP -

WASHINGTON: Keputusan undian sidang tergempar yang memberi sokongan besar kepada resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkemungkinan disebabkan amaran demi amaran yang dibuat oleh Duta Amerika Syarikat di PBB, Cik Nikki Haley, yang menyatakan bahawa Washington akan ingat negara-negara yang "tidak menghormati" Amerika dengan mengundi menentangnya.

Bercakap kepada Perhimpunan Agung PBB sebelum pengundian dibuat, Cik Haley - yang pada awal minggu memberitahu anggota PBB bahawa Amerika "akan mengambil nama negara-negara yang menentang pendirian Amerika" - kembali mengulangi ancaman Presiden Donald Trump mahu memotong bantuan kewangan kepada mana-mana negara yang menyokong resolusi berkenaan.

Cik Haley juga menegaskan keputusan undian di PBB tidak akan membuat sebarang perubahan ke atas rancangan Washington mahu memindahkan kedutaannya ke Baitulmakdis.

"Saya harus menegaskan lagi hari ini: Apabila kami memberi sumbangan besar kepada PBB, kami juga mengharapkan agar kami dihormati.

"Lebih daripada itu, kami diminta membayar keistimewaan yang diragukan hasilnya untuk dihormati."

Cik Haley menambah:

"Jika pelaburan kami gagal, kami mempunyai tanggungjawab untuk membelanjakan pelaburan kami dengan cara lain. Amerika Syarikat akan ingat pada hari ini."

Dalam ucapannya di sidang tergempar itu, Duta Israel di PBB, Encik Danny Danon, berkata bahawa para anggota PBB yang menyokong resolusi itu telah dimanipulasi.

"Anda seperti boneka yang ditarik oleh tuan Palestin anda!" katanya.

Perdebatan dan undi tersebut menampilkan buat kedua kalinya dalam seminggu pengasingan antarabangsa terhadap Amerika berkaitan isu Baitulmakdis berikutan keputusan undi yang sama dalam sidang majlis keselamatan pada Selasa di mana ia melebihi 14-1.

Tanpa merujuk kepada langkah Amerika Syarikat, PBB "menegaskan bahawa sebarang keputusan atau tindakan berkaitan status Baitulmakdis tidak mempunyai kesan perundangan, tidak sah dan harus dibatalkan sesuai dengan huraian relevan PBB." - Reuters, AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg