Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Duterte beri amaran pada rakyat enggan patuh perintah berkurung: Tembak mereka!

Apr 2, 2020 | 1:09 PM
JANGAN INGKAR!: Menurut presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, sesiapa yang ingkar terhadap arahan pihak berkuasa atau menyusahkan kakitangan kesihatan, mereka boleh ditembak.
JANGAN INGKAR!: Menurut presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, sesiapa yang ingkar terhadap arahan pihak berkuasa atau menyusahkan kakitangan kesihatan, mereka boleh ditembak. - EPA-EFE

MANILA: Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, memberi amaran rakyatnya yang ingkar dan tidak mematuhi perintah berkurung akan ditembak kerana menimbulkan kekacauan, dan menyatakan tindakan menganiaya kakitangan perubatan adalah satu jenayah serius yang tidak boleh ditolak ansur.

Berucap bagi siaran televisyen lewat malam tadi, Encik Duterte berkata adalah penting bagi semua orang bekerjasama dan mematuhi langkah-langkah kuarantin di rumah, sedang pihak berkuasa berusaha mengekang penularan dan memastikan sistem kesihatan negara yang rapuh itu tidak digugat.

Filipina sejauh ini mencatatkan 96 kematian akibat koronavirus dan 2,311 kes disahkan positif, kesemuanya kecuali tiga berlaku dalam tempoh tiga minggu, dengan jangkitan kini dilaporkan dalam jumlah ratusan sehari-hari.

"Ia menjadi semakin buruk. Jadi sekali lagi saya memberitahu anda dengan serius tentang masalah ini dan anda mesti dengar," kata Encik Duterte semalam.

"Arahan saya kepada polis dan tentera... jika ada kekacauan dan adanya kejadian di mana mereka (rakyat) melawan dan nyawa anda terancam, tembak mereka sampai mati, " katanya.

"Anda faham? Mati. Daripada menyusahkan orang, saya akan tanam anda," Encik Duterte memberi amaran.

Kenyataan beliau timbul menyusuli laporan media tentang berlakunya kekacauan dan beberapa penangkapan penduduk di kawasan miskin Manila semalam, yang membantah tentang program bantuan makanan pemerintah. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg