Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Duterte lahir rasa kesal mulut cabul terhadap Obama

Sep 6, 2016 | 2:58 PM
Presiden Rodrigo Duterte (depan, tengah) tiba di Laos untuk menghadiri Sidang Puncak Asean di Vientiane pada 6 Sep 2016.
Presiden Rodrigo Duterte (depan, tengah) tiba di Laos untuk menghadiri Sidang Puncak Asean di Vientiane pada 6 Sep 2016. - GAMBAR AFP

MANILA: Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, menyuarakan rasa kesal mengenai kecaman cabul beliau terhadap Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, dan berkata beliau berharap dapat "menghuraikan perselisihan kami yang timbul daripada keutamaan dan persepsi nasional".

"Walaupun punca segera ialah komen lancang saya terhadap soalan media tertentu yang mengundang kebimbangan dan kesusahan, kami juga menyesal ia kelihatan sebagai serangan peribadi terhadap Presiden Amerika Syarikat," kata Encik Duterte dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya pada Selasa (6 Sep).

Pada Isnin, Encik Duterte memberi peringatan kepada Encik Obama supaya jangan mempersoal pembunuhan luar undang-undang lebih 2,000 orang yang telah merosakkan kempen antijenayah beliau semasa sidang puncak Asean yang sedang berlangsung di Vientaine, Laos.

Menggunakan frasa Tagalog bagi "anak seorang pelacur", beliau memberi amaran kepada Encik Obama: "Jangan melakukannya... Akhirnya kita akan hanya bergolek dalam lumpur... Anda mesti menghormati."

Selepas kenyataan Encik Duterte itu, jurucakap Majlis Keselamatan Negara Amerika, Encik Ned Price, berkata Encik Obama telah membatalkan pertemuan yang dijadualkan dengan Encik Duterte pada Selasa (6 Sep) di luar sidang puncak Asean itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg