Topik diikuti
Pergi ke BHkuDuterte mahu semua tempat awam di Filipina 'bebas rokok'
LARANGAN SEDANG DITIMBANG: Seorang perokok meletakkan puntung rokok di tempat membuang rokok dekat jalan raya di bandar Las Pinas, Manila, baru-baru ini, sedang pemerintah negara itu menimbangkan langkah melarang merokok di tempat awam. - Foto REUTERS
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 13, 2016 | 5:30 AM
MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte dijangka menandatangani satu peraturan bulan ini yang melarang perbuatan merokok di tempat awam di seluruh negara kedua paling padat di Asia Tenggara itu, memperkenal undang-undang antitembakau paling tegas di rantau ini.
Jurukempen kesihatan awam yang sekian lama berjuang menentang lobi tembakau besar-besaran mengalu-alukan tindakan menamatkan merokok di tempat awam dan berkata mereka percaya Encik Duterte, dengan rekod antijenayah tegarnya, adalah pemimpin sesuai melakukannya.
