Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Duterte tawar ganjaran untuk penduduk pindah keluar dari Manila

Jun 1, 2020 | 10:30 AM
LANGKAH MENGURANGI KEPADATAN PENDUDUK: Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, menawarkan wang tunai dan ganjaran lain, untuk penduduk berhijrah keluar dari Manila demi mengurangi kepadatan penduduk kota itu. Kelihatan seorang kakitangan awam memaparkan bendera Filipina semasa penularan koronavirus di sebuah kawasan setinggan di Manila, Filipina, pada 28 Mei lalu.
LANGKAH MENGURANGI KEPADATAN PENDUDUK: Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, menawarkan wang tunai dan ganjaran lain, untuk penduduk berhijrah keluar dari Manila demi mengurangi kepadatan penduduk kota itu. Kelihatan seorang kakitangan awam memaparkan bendera Filipina semasa penularan koronavirus di sebuah kawasan setinggan di Manila, Filipina, pada 28 Mei lalu. - - Foto: EPA-EFE

MANILA: Pandemik koronavirus memberi alasan kepada Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, untuk mengurangi kepadatan penduduk di Manila, yang dalam beberapa dekad terakhir telah menjadi salah satu daerah paling padat di dunia.

Encik Duterte menawarkan wang tunai dan barangan untuk mendorong penduduk berpindah keluar dari kota itu dengan menyertai program yang disebut "Kembali ke Wilayah", salah satu percubaan paling agresif dalam beberapa dekad untuk memikat orang Filipina ke luar bandar.

Dengan pandemik memperlihatkan bagaimana pertumbuhan pantas penduduk dan penghijrahan ke kota yang meningkat telah membebani perkhidmatan pengangkutan awam, bekalan elektrik dan air, serta khidmat kesihatan di Manila, pemerintah sekarang berusaha mengubah pergerakan penghijrahan tenaga kerja yang sudah lama terjalin.

Menurut laman World Population Review, Manila punya sekitar 13.92 juta penduduk dan ia adalah bandar paling padat penduduk di dunia dengan 42,857 orang bagi setiap kilometer persegi.

Program ini dirancang untuk membantu orang seperti Encik Joel Gortina, seorang juruelektrik berusia 38 tahun, yang ingin kembali ke wilayah Cebu setelah 15 tahun belajar dan bekerja di Manila.

Dengan pekerjaan yang semakin sukar didapatkan di tengah-tengah wabak itu, Encik Gortina merancang untuk meninggalkan Manila pada pertengahan bulan Mac lalu, tetapi gagal setelah pemerintahnya melaksanakan perintah sekatan pergerakan.

"Saya tidak mempunyai pekerjaan. Saya tidak mempunyai wang lagi. Saya diusir dari rumah tumpangan saya. Ini krisis di sini," kata Encik Gortina, yang selalunya tidur di bawah jalan raya. - The Business Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg