Premium
Duterte: Trump kata cara Filipina basmi dadah betul
Dec 4, 2016 | 5:30 AM
SETUJU BEKERJASAMA DENGAN RAPAT: Encik Donald Trump (kiri) dan Encik Rodrigo Duterte berbual melalui telefon lewat malam kelmarin dan Presiden Filipina itu mengucapkan tahniah di atas kemenangan Encik Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat. - Foto-foto AFP -
MANILA: Bakal Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberitahu Presiden Filipina Rodrigo Duterte bahawa Manila sedang melaksanakan perang basmi dadah dengan cara yang betul.
Encik Duterte berkata demikian selepas berbual melalui telefon dengan Encik Trump lewat malam kelmarin untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan pemimpin Amerika itu dalam pilihan raya presiden.

