Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

E-MEL DARI KL

Isu undi percaya sudah selesai, Anwar kini mahu tumpu pada pentadbiran negara

Dec 24, 2022 | 05:30 AM



SIDANG Parlimen pertama Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu mencatatkan banyak detik penting yang sukar dibayangkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU15)



Seteru politik yang menyerang satu sama lain semasa berkempen duduk sebaris membentuk kerajaan,



Ramai mantan Menteri menjadi pembangkang.



Malah ada calon yang kalah pilihan raya dilantik menjadi Menteri.



Dua orang mantan Perdana Menteri diketepikan.



Namun detik yang ditunggu-tunggu dan mencemaskan untuk menguji keabsahan kedudukan Dato Seri Anwar Ibrahim tidak kesampaian.



Kebimbangan kesan negatif Perjanjian Persefahaman (MOU) antara parti yang dikatakan tidak mematuhi perlembagaan dengan memaksa Ahli Parlimen (AP) memberi sokongan pada Perdana Menteri ternyata hanya polemik pihak pembangkang.



Ramai penganalisis politik yang sibuk meramal dan mencongak jumlah sokongan yang berpihak pada Perdana Menteri berasa hampa.



Anehnya orang pertama yang mempersoalkan usul undi percaya yang dibentangkan adalah Datuk Seri Shahdan Kassim ahli politik veteran Umno yang berpaling tadah menjadi wakil rakyat Parlimen Arau untuk Perikatan Nasional (PN).



"Bagi kami kalau Agong dah absah pasal apa kita nak bawa mai sini lagi . Jadilah Perdana Menteri tak perlu absah" kata beliau dalam loghat utara Perlis.



Namun hujah beliau disanggah AP Hulu Langat Pakatan Harapan (PH), Encik Mohd Sany Hamzan yang mendakwa usul itu dibentangkan untuk membuktikan sokongan jelas Parlimen pada Perdana Menteri.



"Sebab kami berani, tak macam dulu. Dulu tak berani, Perdana Menteri ke-lapan dulu tak berani nak bawa. Isytiharkan darurat,' tegas beliau merujuk pada mantan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yasin.



Hampir tiga jam "perang mulut" berbisa antara anggota PH, Umno, PN dan PAS berlaku sehingga Speaker Dewan yang baru dilantik Datuk Johari Abdul terpaksa beberapa kali turut campur tangan meleraikan mereka.



Akhirnya sewaktu Speaker Dewan memutuskan mengadakan undi suara meluluskan usul itu, sebahagian besar AP lantang menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim. Suara bantahan hampir tidak kedengaran.



Oleh kerana itu tidak perlu lagi mengira jumlah AP yang menyokong walaupun sebelum ini terdapat kegusaran beberapa orang AP Umno mungkin bertindak sebaliknya sebagai tanda bantahan.



Dalam ucapannya Dato Seri Anwar menjelaskan usul percaya itu dibentangkan kerana keabsahannya dicabar Pengerusi PN Tan Seri Muhyiddin Yassin pada 24 November, sejurus setelah Istana Negara mengumumkan perlantikan beliau.



"Walaupun Peguam Negara, Menteri Undang-undang malah Yang Di Pertuan Agong sendiri mengatakan tidak perlu mengusulkan undi percaya setelah mendapati sokongan majoriti.



"Tapi saya memiih untuk melihatnya bukan sahaja daripada pespektif undang-undang tetapi juga keabsahan moral,' ujar beliau.



Menurut Dato Seri Anwar jika usul itu tidak dipersetujui ia harus dipangkah dengan suara ramai dalam Parlimen tetapi itu tidak berlaku.



"Jadi kita "move on" dan saya tidak berhajat untuk membangkitkan lagi isu ini.



"Saya nak tumpukan perhatian pada kepincangan pentadbiran dan pengurusan kerajaan, elakkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah,'' kata beliau.



Para penganalisis politik menyambut baik dan menyokong pendirian tegas Perdana Menteri untuk fokus memulihkan ekonomi negara.



Ramai yang sependapat Malaysia kini memerlukan satu naratif politik baru untuk maju ke hadapan.



Malah beberapa penyokong tegar PN dan Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang dihubungi juga bersetuju kerajaan perpaduan ini harus diberi masa untuk membuktikan keupayaan mereka.



"Cukup-cukuplah. Rakyat sudah bosan dengan cubaan merampas kuasa dari pintu belakang,' keluh seorang daripada mereka.



"Kita tidak boleh membenarkan satu lagi Langkah Sheraton berlaku. Beri peluang kerajaan sekarang memulihkan ekonomi untuk kepentingan rakyat," kata seorang lagi.



Luahan hati ini sejajar dengan peringatan yang dititahkan Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah "bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua."



Umpama peribahasa bagaikan biduk berlalu kiambang bertaut, Baginda menitahkan parti parti politik merapatkan semula saf demi masa depan negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >