Topik diikuti
Pergi ke BHku'Beberapa kematian' selepas kenderaan rempuh perarakan Krismas di Wisconsin
'Beberapa kematian' selepas kenderaan rempuh perarakan Krismas di Wisconsin
WASHINGTON: Satu kenderaan merempuh perarakan Hari Natal di negeri Wisconsin Amerika Syarikat menyebabkan beberapa orang terkorban menurut polis pada Ahad (21 November).
Terdapat 'beberapa kematian', kata Ketua Polis Waukesha, Encik Dan Thompson kepada pemberita semasa sidang akhbar, di mana pegawai berkata 11 orang dewasa dan 12 kanak-kanak telah dibawa ke hospital.
Polis pegawai masih mengumpul maklumat mengenai kejadian yang berlaku sejurus selepas 4:30 petang (waktu tempatan), ketika penonton di bandar Waukesha, pinggir bandar Milwaukee, menyaksikan tradisi tahunan itu.
"Satu kenderaan utiliti sukan (SUV) merah memasuki perarakan Krismas kami yang kami adakan di pusat bandar," kata Encik Thompson lagi.
"Lebih 20 individu cedera, akibat kejadian ini.
"Jabatan Polis Waukesha telah menemui kenderaan yang disyaki. Ia adalah siasatan berterusan," katanya sambil menambah bahawa pegawai telah mengenal pasti orang yang bertanggungjawab.