Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Selera' durian warga China didakwa punca penebangan hutan Malaysia

Feb 6, 2019 | 5:46 PM
Ladang durian di Raub Pahang. Foto: AFP
Ladang durian di Raub Pahang. Foto: AFP -

RAUB, MALAYSIA: Permintaan durian yang semakin meningkat di China didakwa punca penebangan hutan di Malaysia dan pakar alam sekitar memberi amaran bahawa sejumlah besar hutan akan ditebang untuk memberi ruang bagi ladang durian.

Durian, yang tumbuh di Asia Tenggara, digelar 'raja buah-buahan' oleh mereka yang gemar akan tekstur buah itu yang berkrim dan berbau kuat.

Buah tersebut juga diminati di China, dan permintaan terhadapnya meningkat dan mendorong pengeksport untuk menguasai bahagian yang lebih besar dalam pasaran tersebut.

Lebih ramai peladang di Malaysia kini beralih dari kebun kecil kepada operasi tahap industri yang lebih besar- satu trend yang menurut pakar alam sekitar memperkenalkan ancaman baru kepada hutan hujan yang sebelum ini terjejas kerana ladang kelapa sawit.

"Sekarang, durian menarik perhatian pasaran Cina," menurut Cik Sophine Tann, dari kumpulan pelindung alam sekitar PEKA, yang telah mengkaji penebangan hutan untuk memberi ruang untuk menanam buah tersebut.

"Penebangan hutan untuk menanam durian ini bertujuan untuk memenuhi permintaan itu." - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg